BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khir saman Selcat minggu depan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KLANG 4 Okt. - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), minggu depan.

Beliau berkata, ini kerana jawatankuasa itu didapati melaksanakan peranan yang didapati bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak adil.

Kata beliau, pihaknya juga akan membangkitkan di mahkamah mengenai keputusan kerajaan negeri mewujudkan Enakmen Penghinaan Dewan 2008 yang berlawanan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Enakmen tersebut membolehkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim berkuasa penuh untuk mengambil tindakan seperti menahan, menangkap dan mendakwa individu yang dirasakan menghina DUN termasuk Selcat,'' katanya.

Terdahulu beliau bersama isteri, Datuk Seri Zahrah Kechik meluangkan masa menziarah pelakon dan pelawak, Ahmad Busu yang diserang strok di Taman Sri Andalas di sini hari ini.

Mohamad Khir juga akan membangkitkan pembentukan Selcat yang didakwa mengamalkan dasar pilih kasih dan dijadikan alat politik.

Beliau berkata, setakat ini tiada tindakan dikenakan terhadap dua Exco kerajaan negeri daripada Pas, Datuk Dr. Hassan Ali dan Iskandar Abdul Samad yang turut mengkritik dan menghina Selcat secara terbuka.

"Sekiranya Selcat dan kerajaan negeri sering bercakap soal ketelusan, kebertanggungjawaban, keadilan dan macam-macam, kenapa Hassan dan Iskandar mengkritik Selcat tidak dikenakan tindakan kerana menghina DUN.

"Kenapa saya dan empat ADUN BN lain dikenakan tindakan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register