BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khidmat Digital Karikatur

erk... bro adar tak kawin lagi ke? hehee...

apapun tgk hasil kerja tuan tanah kat web mmg bagus..
 
erk... bro adar tak kawin lagi ke? hehee...

apapun tgk hasil kerja tuan tanah kat web mmg bagus..

dah kawen, tp baru sorang. :eek::eek::eek:

bujang 3 skrg. tp dlm hati je la. nak ckp kat bini, mau kena pelangkung. :)):))

up utk tuan tanah. servis bagus. tlg sesama kwn.
 
terima kaseh buat tuan tanah kerana telah menyiapkan karikatur hamba dgn bagusnya. :D

bukan tu je, tuan tanah siap bg free 3r gn 4r photo karikatur tu. pos express lg.

giler murah hati tuan tanah. terima kaseh bro. insyaALLAH aku akan order lg nnt bila nak kawen :)):))

saper2 nak karikatur, boleh order dgn brader alaf ni. murah dan servis yg amat bagus. mcm ni la org ckp berniaga. :)paid:)paid:)paid

Terima kasih saudara adar_23. Nak order karikatur ramai2 pun boleh(siap pengantin pompuan, mentua, pengapit atau sapa2 sahaja).
Lebih 5 org diskaun 5% tu ehehheheh....
Sekali lagi terima kasih banyak2 saudara adra_23 sbb pomot kan servis den... :) dan harap2 saudara adar_23 berpuas hati dengan hasilnya.
 
Perkhidmatan 'Custom Web Icon'

Sempena tahun baru ni den nak pomot satu lagi khidmat den iaitu mereka 'custom web icon'. Mula-mula tu ingat nak bukak thread baru, tp lepas tu rasenya elok la di sekali kan dengan thread karikatur nie. Bukan apa sonang den nak update kemudian hari ahak ahak...

Buat masa ni den hanya dapat menyediakan perkhidmatan membuat custom ikon untuk web sahaja.

Di mana setiap ikon yang di tempah akan menjadi hak milik si penempah(tidak akan di jual semula).
Begitupun, den mempunyai hak untuk mempamerkan ikon-ikon tersebut sebagai portfolio(hasil-hasil rekaan saya) dalam apa jua bentuk.

Ikon akan dihasilkan dalam format yang di kehendaki oleh penempah, di mana kebiasaanya ikon-ikon di laman web adalah terdiri daripada format PNG, GIF ataupun JPG.
Saiz dimensi bagi sesuatu ikon juga bergantung kepada pihak penempah.

Harga bergantung kepada tempahan terbabit, secara kasarnya den caj di antara RM 1 ke RM 10 per ikon. Jadi kalau berminat boleh lah email atau pm den untuk dapatkan sebut harga.

Seperti biasa juga, bayaran hanya akan di minta setelah anda berpuas hati dengan contoh yang di beri.

Proses tempahan
1. anda menghantar email/pm saya dengan butir-butir mengenai ikon yang di kehendaki seperti contoh di bawah:
- butang music player iaitu play, previous, next, stop dan pause.
2. email akan di balas secepat mungkin untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis rekaan ikon yang di kehendaki, warna dan sebagainya(draft awal) dan juga caj yang akan di kenakan.
3. setelah anda bersetuju dengan draft awal dan caj terbabit, proses mereka akan di mulakan.
4. contoh kesemua ikon akan di hantar ke email penempah(dimana contoh ikon ini akan mempunyai watermark dan di gabungkan ke dalam satu fail JPEG).
5. sekiranya anda berpuas hati maka bayaran bolehlah di lakukan, jika tidak anda boleh memberikan maklum balas kembali kepada saya untuk tindakan lanjut. Di mana sekiranya selepas 7 hari tiada sebarang maklum balas yang diterima, tempahan di anggap telah di batalkan.
6. Saya akan menghantar fail ikon terbabit ke email anda setelah bayaran di sahkan.

Jangka masa bagi pembuatan ikon adalah di antara 5 ke 7 hari.

Semua ikon yang di hasilkan adalah menggunakan Adobe Illustrator Versi 10 dan kemudian akan di berikan efek dengan menggunakan Adobe Photoshop versi 7.

Selamat tahun baru CGrian semua....

Contoh ikon:
sample01.png


Edit 3 Jan 09 04:18AM: icon tambahan
bluelaguna.jpg


Contoh ikon di atas adalah percuma jadi sesapa saja yg berminat nak gunakan di laman web, forum atau kat mana-mana sahaja dialu-alukan.
 
Last edited:
Pakej terbaru karikatur daripada den:

Pakej Poster Filem
Warna digital
Muka sahaja
Format Jpeg (300 dpi)
RM 10.00 per muka

Buat masa ni hanya terdapat poster Quantum Of Solace seperti di bawah:

color0010.jpg


(Den yang menjadi James Bond ahaks ahaks.)

Hanya fail JPG sahaja yang akan di beri bagi pakej ini.

Insyallah, den akan cuba tambah poster yang lain.
 
kasi up ptg2 gini... ade sesapa nak tempah karikatur atau ikon web?
 
up utk tuan tanah. cth karikatur yg dia buat tu avatar aku. :))
 
owh lupa nak kasitau yg pakej poster filem tu.... hanya muka yang akan di lukis dan kemudian akan ditampal kat poster tu(kalau pompuan tampal kat heroin, kalau laki tampal kat bond... tp kalau pakai tudung payah a sket nak wat tuk poster filem nie ahaks...)
 
Back
Top
Log in Register