Perkhidmatan 'Custom Web Icon'
Sempena tahun baru ni den nak pomot satu lagi khidmat den iaitu
mereka 'custom web icon'. Mula-mula tu ingat nak bukak thread baru, tp lepas tu rasenya elok la di sekali kan dengan thread karikatur nie. Bukan apa sonang den nak update kemudian hari ahak ahak...
Buat masa ni den hanya dapat menyediakan perkhidmatan membuat
custom ikon untuk web sahaja.
Di mana setiap ikon yang di tempah akan menjadi hak milik si penempah(tidak akan di jual semula).
Begitupun, den mempunyai hak untuk mempamerkan ikon-ikon tersebut sebagai portfolio(hasil-hasil rekaan saya) dalam apa jua bentuk.
Ikon akan dihasilkan dalam format yang di kehendaki oleh penempah, di mana kebiasaanya ikon-ikon di laman web adalah terdiri daripada format
PNG, GIF ataupun JPG.
Saiz dimensi bagi sesuatu ikon juga bergantung kepada pihak penempah.
Harga bergantung kepada tempahan terbabit, secara kasarnya den caj di antara
RM 1 ke RM 10 per ikon. Jadi kalau berminat boleh lah email atau pm den untuk dapatkan sebut harga.
Seperti biasa juga, bayaran hanya akan di minta setelah anda berpuas hati dengan contoh yang di beri.
Proses tempahan
1. anda menghantar email/pm saya dengan butir-butir mengenai ikon yang di kehendaki seperti contoh di bawah:
- butang music player iaitu play, previous, next, stop dan pause.
2. email akan di balas secepat mungkin untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis rekaan ikon yang di kehendaki, warna dan sebagainya(draft awal) dan juga caj yang akan di kenakan.
3. setelah anda bersetuju dengan draft awal dan caj terbabit, proses mereka akan di mulakan.
4. contoh kesemua ikon akan di hantar ke email penempah(dimana contoh ikon ini akan mempunyai watermark dan di gabungkan ke dalam satu fail JPEG).
5. sekiranya anda berpuas hati maka bayaran bolehlah di lakukan, jika tidak anda boleh memberikan maklum balas kembali kepada saya untuk tindakan lanjut. Di mana sekiranya selepas 7 hari tiada sebarang maklum balas yang diterima, tempahan di anggap telah di batalkan.
6. Saya akan menghantar fail ikon terbabit ke email anda setelah bayaran di sahkan.
Jangka masa bagi pembuatan ikon adalah di antara 5 ke 7 hari.
Semua ikon yang di hasilkan adalah menggunakan Adobe Illustrator Versi 10 dan kemudian akan di berikan efek dengan menggunakan Adobe Photoshop versi 7.
Selamat tahun baru CGrian semua....
Contoh ikon:
Edit 3 Jan 09 04:18AM: icon tambahan
Contoh ikon di atas adalah percuma jadi sesapa saja yg berminat nak gunakan di laman web, forum atau kat mana-mana sahaja dialu-alukan.