BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khianat rakan

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Khianat rakan

KUALA LUMPUR: Hanya untuk tampil bergaya, seorang gadis menjadikan hobi buruk ‘panjang tangan’ mengkhianati rakan kongsi dengan melarikan sekeping kad caj American Express selama satu jam untuk membeli beberapa barangan mewah bernilai RM13,000 di pusat beli belah terkemuka di ibu negara.

Mangsa, dikenali sebagai Suraya, 33, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu Isnin lalu apabila membuat semakan dengan pihak bank bagi menjelaskan bil bulanannya dan terkejut apabila dimaklumkan terdapat beberapa transaksi pembelian di luar pengetahuannya.

“Sebaik saja menyedari kecurian ini, saya meminta pihak bank melakukan siasatan dan alangkah terkejut apabila mendapati sahabat baik yang juga rakan kongsi sendiri sanggup mengkhianati saya.

“Dalam masa sejam, dia melarikan kad saya untuk membeli sebuah beg tangan berjenama berharga RM6,000, seutas jam tangan mewah bernilai RM4,000 serta beberapa helai pakaian berharga hampir RM2,000,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Suraya, kejadian itu dipercayai berlaku bulan lalu ketika mereka mengunjungi sebuah pusat karaoke dan meminta rakannya itu menjaga beg tangannya ketika dia mengambil makanan.

“Ketika kami bersama rakan lain menikmati makanan sambil berhibur, rakan saya itu menghilangkan diri namun saya tidak menyangka dia mencuri kad caj saya.

“Kira-kira sejam kemudian, dia datang menyertai kami semula dan memulangkan kad caj itu yang didakwanya terjumpa di atas lantai kerana terjatuh,” katanya yang tidak berprasangka buruk terhadap kawan baiknya itu.

Suraya berkata, perkara itu terbongkar ekoran siasatan ke atas kamera litar tertutup di pusat beli belah itu yang merakam pergerakan rakannya itu menjinjing beberapa beg kertas hasil kegiatan jahatnya itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, bertindak atas laporan mangsa, pihaknya suspek yang berusia 25 tahun di Damansara Perdana kelmarin.

“Susulan penahanan itu, kita berjaya menemui semula barangan yang dibeli menggunakan kad caj mangsa yang dianggarkan berjumlah RM13,000.

“Suspek ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyalahgunakan kad terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khianatrakan/Article
 
Tindakan ****
 
pompuan tue mmg shopaholics,giler beli belah..:D
 
ni satu pencuri mengong..yg pi shoping beg tangan ngan jam watpe..beli la rantai ke gelang emas untung sikit..:D:D:D
 
kawan mcm nie pun ada.... adoooii aaiiii... :mad:
 
Back
Top
Log in Register