BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khasiat Bunga Kantan

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord

Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.

Bunga kantan mengandungi khasiat yang agak sederhana. Dalam setiap 100g (gram) bahagian yang boleh dimakan mengandung air 89.2g, protein 1.6g, lemak 1.3g, karbohidrat 5.5g, serat 1.4g, kalsium 55mg, fosforus 11mg, ferum 3.4mg, natrium 11mg, kalium 453mg, vitamin B1 0.02mg, niasin 0.2mg dan vitamin C 14mg. Tumbuhan ini juga banyak mengandungi bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.

Di dalam perubatan tradisional Kantan digunakan dan berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka. Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit telinga, bunga kantan dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya ialah dengan merebus buah kantan selama beberapa minit. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga.

Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair. Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.

Selain itu, buah kantan juga dikatakan mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki. Dikatakan buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.

Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

Merawat kencing manis dan darah tinggi.

Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.

Menguatkan tenaga bati lelaki .

Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Hilangkan bau badan wanita lepas bersalin

Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.

Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya. Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat. Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.
 
red suke bunga kantan..
racik kecik2 makan utk ulam pun sedap
 
aku search cg mmg byk gak aku komen pasal bunga kantan
 
nak cari anak pokok tu xjumpa..nk biat tanam dalam pasu atau plastik bag
 
aku suka bunga kantan dalam gulai asam pedas..peveret bunga kantan..
 
satu kuntum 3-4 ringgit kat putra jaya... klau kat kampung aku buat ulam je 2-3 kuntum skali sulur dia... kat dini xdapat la... mahal sangat
 
Back
Top
Log in Register