hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,259
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,259
- Reaction score
- 1,665
- Points
- 201
Nama Ulam : TEMU PAUH
Nama saintifik : Curcuma amada
Khasiat/Penggunaan :
Anti kanser, merawat ketegangan urat saraf, mengurangkan kolesterol dan darah tinggi serta membantu mengurangkan masalah saluran pencernaan dan saluran darah tersumbat. Temu pauh juga dimakan bagi mengurangkan stres. Enak dimakan sebagai ulam, ditumbuk campur kedalam sambal dan digoreng dengan sayur.
Pokok temu ada beberapa jenis, salah satunya ialah pokok temu pauh. Ia dipanggil temu pauh kerana rizomnya berbau seperti bau buah pauh/mangga. Pokok temu pauh adalah tanaman herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan yang hidup berumpun seperti pokok kunyit. Ia mengandungi umbisi berakar dan mengeluarkan rizom yang akhirnya akan menerbitkan anak pokok.
Pokok temu pauh mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun menggunakan umbisi yang akan mengeluarkan rizom sebagai anak pokok.
Rizom temu pauh yang muda sangat sesuai dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Bau dan rasanya seolah-olah buah pauh muda dan tidak pahit. Ulaman temu pauh dijadikan makanan pembuka selera seperti ulam-ulaman lain. Ia juga dijadikan salah satu ramuan untuk membuat urab atau kerabu. Umbisi muda temu pauh ini boleh dibuat sambal goreng atau ditambahkan dalam masakan sayuran. Jus temu pauh pula diminum untuk meredakan pelbagai jenis penyakit. Daun temu pauh biasanya dijadikan salah satu bahan mandian herba bagi wanita lepas bersalin.
Perbezaan di antara daun temu pauh dan daun kunyit :
Daun pokok temu pauh mempunyai jalur perang pada urat tengahnya.
Bagi tujuan perawatan herba, rizom pokok temu pauh perlu diparut atau diblender untuk mendapatkan jusnya. Jus temu pauh dikatakan mengandungi bahan antikanser dan antibakteria.
Ia juga diminum untuk tujuan perawatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan untuk menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah. Jus temu pauh juga boleh mengurangkan batuk dan boleh melawaskan sistem pencernaan kita. Ada juga yang mengatakan, pemakanan temu pauh dapat mengurangkan stress dan awet muda.
Sumber