BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khas untuk jutawan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


LONDON 13 Julai - Jika anda bergelar jutawan, mungkin anda teruja untuk mempamerkan kemewahan dengan membeli sebuah pembersih vakum bersalut emas yang disebut-sebut sebagai alatan paling mahal di dunia.

Menurut portal Mail Online, pembersih vakum berkenaan yang bersalut emas 24 karat, dijual dengan harga 800,000 pound (RM4.7 juta) setiap satu menerusi laman web perniagaan, WTF Range.

Laman web itu menerangkan, pembersih tersebut sesuai digunakan untuk membersihkan karpet merah yang digunakan untuk majlis besar, dek kapal mewah, dan bahagian dalaman kereta mewah jenis limousin.

Jelas portal itu, pembersih vakum seberat 7.5 kilogram tersebut merupakan peralatan pembersih paling mahal di dunia dan mempunyai sijil yang mengesahkan ketulenan emas yang menyalutnya.

“Setiap unit mempunyai nombor siri khas dan dilengkapi penyedut selebar 35 sentimeter.

“Selain itu, pembersih vakum mewah tersebut menggunakan roda yang tidak licin, motor berkuasa tinggi, dan mempunyai jaminan seumur hidup,” tambah portal terbabit.

Selain alat pembersih, laman web berkenaan turut menjual pelbagai barangan mewah termasuk basikal lumba bersalut emas yang bernilai 250,000 pound (RM1.4 juta).
 
alamak terlambat sikit kluo news... dah terbeli yg jenama Takada nak pakai untuk raya... kalau awal sikit kluo dah beli dahh... pakai yang nie mesti bersih umah...
 
Back
Top
Log in Register