BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Tindakan berbohong atau memfitnah seseorang merupakan dosa besar walaupun dilakukan oleh golongan agamawan sekali gus mengingatkan mana-mana individu agar tidak selamanya merasakan diri mereka maksum tanpa dosa atau kesalahan.
http://www.utusan.com.my/.../enam-hantaran-fb-jadi-tanda.../

Enam hantaran FB jadi tanda tanya luahan hati Mohd. Khairuddin​

MOHD.-KHAIRUDDIN-AMAN-RAZALI-re-1.jpg


MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


  • 11 Februari 2022, 2:18 pm



KUALA TERENGGANU: Enam hantaran dibuat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara berturut-turut dalam laman Facebook miliknya malam tadi seolah-olah menggambarkan luahan hatinya berhubung pengguguran sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama.

Dalam hantaran pertama, Mohd. Khairuddin menyentuh mengenai kewujudan ‘Little Napoleon’ yang boleh merosakkan organisasi itu sekali gus menyeru pelaksanaan amalan syura dan perbincangan mengikut kaedah-kaedah yang diperuntukkan.

Seterusnya, beliau berkata, tindakan berbohong atau memfitnah seseorang merupakan dosa besar walaupun dilakukan oleh golongan agamawan sekali gus mengingatkan mana-mana individu agar tidak selamanya merasakan diri mereka maksum tanpa dosa atau kesalahan.



Hantaran ketiga Mohd. Khairuddin pula menekankan setiap kemungkaran termasuk dalam organisasi perlu ditegur dan tidak wajar dibiarkan semata-mata kerana malu atau hormat kepada pemimpin.

Luahan hati itu diteruskan dengan hantaran yang mengingatkan untuk tidak memalukan seseorang secara berulang kali.

“Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar, tetapi, tidak selamanya akan berdiam apabila maruah dicemari dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara itu ada batasnya, jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan pengguguran Mohd. Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berkuat kuasa semalam susulan isu-isu disiplin melibatkan pemimpin itu.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin berkata, setiap pemberitaan mesti diselidik dan usah melulu membuat kesimpulan daripada khabar-khabar angin kerana perbuatan itu menzalimi maruah seseorang.

Manakala dalam hantaran terakhir, beliau menitipkan ucapan orang beriman apabila ditimpa musibah.



“Setiap daripada kita tentu sahaja pernah berdepan pelbagai musibah dalam hidup, maka berzikirlah kerana zikir menggambarkan penyerahan diri kepada Allah,” katanya.
Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas Mohd. Khairuddin bagaimanapun gagal. –UTUSAN ONLINE

Jgn keruhkan lg keadaan la bang khai....baik diam diri....duk up medsos bkn selesaikan mslh lg panjang mslh....dh mcm bdk2 plk keluhan rasa xpuas hati semua buh kt situ
 
nasib hang la khairudin.. dlm pas mmg mcm tu.. perbezaan pandangan dianggap ancaman dalam pas.

tak kira la pandangan hang tu betul ke tidak... kalau bercanggah dgn presiden ja.. tunggu je la hukuman yg bakal diterima..

contoh tgk kes husam musa je.. husam berbeza dgn presiden bab kerjasama pas dgn umno.. husam dedah dan menentang kerjasama pas dgn umno.. tapi pas kata husam fitnah pas.. last2 husam kena pecat ahli..

tak beberapa lama lepas kena pecat.. terus pas kerjasama dgn umno.. walaun2 yg dok hentam husam dulu pun buat mcm takda apa saja..

so mcm aku cakap la..

it doesnt matter hang on the right side or tidak.. once hang dah lawan presiden.. siap la hang kena..

sebab tu khairudin dok cakap pasai organisasi tu.. pasai presiden pas tu guna veto dia je.. majlis syura pun mana berfungsi dah.. semua kaki hangguk dgn presiden ja dlm majlis syura tu..
 
adecb8c60d960a0ab66eaebf86946047.jpg


Majlis Syura PAS teliti kedudukan Khairuddin
Diterbitkan: Feb 11, 2022 5:31 PM
⋅
Dikemaskini: 5:32 PM





Majlis Syura PAS akan meneliti kedudukan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai setiausahanya.
"Sebenarnya saya belum buat keputusan lagi, cuma berunding dengan kawan-kawan (dalam majlis syura). Setakat sekarang dia sudah ditarik (jawatan sebagai) anggota majlis syura daripada ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Perlembagaan parti, setiausaha dilantik oleh Mursyidul Am. (Tetapi) Bagaimana nak lantik kalau bukan ahli majlis syura.
"Sekarang dalam perbincangan majlis syura, tetapi kalau sudah digugurkan (anggota majlis Syura), faham-fahamlah," kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin kepada Malaysiakini.




Majlis Syura, badan tertinggi pembuat dasar dalam PAS selepas muktamar, diketuai oleh Hashim sebagai mursyidul am.
Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan Khairuddin yang juga bekas menteri digugurkan daripada jawatan setiausaha Majlis Syura PAS berkuat kuasa semalam.

Abdul Hadi berkata, jawatan itu terbatal kerana jawatankuasa pusat PAS membatalkan pelantikannya sebagai anggota majlis syura.

Khairuddin kongsi perlembagaan PAS
Sementara itu, Khairuddin ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai penggugurannya sebagai anggota majlis syura.
Sebaliknya dia hanya menghantar petikan mengenai perlembagaan PAS khususnya mengenai tatacara perlantikan dan pemecatan setiausaha majlis Syura.


24b9ac27dab2bf6cbd1b37407110d514.jpg
Mohd Khairuddin Aman Razali

Berdasarkan Perlembagaan PAS, Fasal 8 menyatakan setiausaha Majlis Syura hendaklah dilantik oleh mursyidul am dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura.

Khairuddin juga berkongsi fasal yang menyebut bahawa lantikan itu haruslah selama lima tahun dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura.

Dia juga berkongsi fasal 91 bahawa sebarang perkara berbangkit dan perselisihan
faham berkaitan perlembagaan PAS hendaklah dirujuk kepada Majlis Syura - yang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh muktamar.


 
Nik abduh x kena gugur jugak ke
 
Kalau nak bertahan lama dalam parti kena sedia jadi pak turut la.
Dia kata tebang hutan boleh tambah jumlah harimau pun kena angguk jugak.
 
PAS | Mohd. Khairuddin Digugur Sebagai Setiausaha Majlis Ulama PAS

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sekali lagi digugurkan daripada jawatan tertinggi PAS apabila parti memutuskan menggugurkannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama, berkuat kuasa semalam.

Pengguguran itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pada 12 Januari lalu.

​
 
nasib hang la khairudin.. dlm pas mmg mcm tu.. perbezaan pandangan dianggap ancaman dalam pas.

tak kira la pandangan hang tu betul ke tidak... kalau bercanggah dgn presiden ja.. tunggu je la hukuman yg bakal diterima..

contoh tgk kes husam musa je.. husam berbeza dgn presiden bab kerjasama pas dgn umno.. husam dedah dan menentang kerjasama pas dgn umno.. tapi pas kata husam fitnah pas.. last2 husam kena pecat ahli..

tak beberapa lama lepas kena pecat.. terus pas kerjasama dgn umno.. walaun2 yg dok hentam husam dulu pun buat mcm takda apa saja..

so mcm aku cakap la..

it doesnt matter hang on the right side or tidak.. once hang dah lawan presiden.. siap la hang kena..

sebab tu khairudin dok cakap pasai organisasi tu.. pasai presiden pas tu guna veto dia je.. majlis syura pun mana berfungsi dah.. semua kaki hangguk dgn presiden ja dlm majlis syura tu..

Kalau pakai kuasa veto je
Seolah olah Majlis Syura tu tak diperlukan pun
 
Kalau pakai kuasa veto je
Seolah olah Majlis Syura tu tak diperlukan pun
Pas dh terbalik kurang...patut majlis syura berkuasa lg dr president nie nmpk gaya jd mcm lain...tp klau ada ahli pas nk ulas di persilakan boleh tau lebih lanjut
 
Saya rasa itu ujian utk hang la Pak Din.
Kalau ikhlas dlm perjuangan, kena pecat pun mesti setia.
Jgn jadi mcm geng Amanahtaeek, tak terpilih dlm pemilihan, terus buat party baru dan terus kamceng dgn Dapig.
 
Back
Top
Log in Register