BTC USD 85,223.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Abdul Hadi Awang berkata keputusan pengguguran jawatan Khairuddin itu dibuat dalam mesyuarat parti dan berkuatkuasa semalam.

Tak sampai sebulan gugur AJK PAS, Khairuddin dipecat Setiausaha Majlis Syura Ulama​

February 11, 2022 12:22 PM

MOHD-KHAIRUDDIN-AMAN-RAZALI-BERNAMA.jpg

Pada 14 Jan lepas Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai AJK PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuatkuasa semalam, tidak sampai sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, keputusan pengguguran jawatan Khairuddin itu dibuat dalam mesyuarat parti berikutan masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.

“Oleh kerana pelantikan beliau (Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat, maka PAS Pusat membatalkan pelantikan itu.

“(Beliau) tak jadi ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Abdul Hadi berkata, Khairuddin kini adalah ahli biasa parti dan PAS akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Terdahulu, pada 14 Jan lepas Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.

Nasib dia mcm ustaz asri ngn ustaz nasa dl.....lwn arus mojoriti memang mn2 organisasi xkn selamat punya
 
tn lau_kau, klu dikirakan, status dia sekarang jadi ahli PAS biasa la kan
Yap....klau dia jiwa besar dn xgila jwtn dia kekal ngn pas.....klau x dia akan kluar..kt tngk ja la tindakan dia nanti....tp masih blum keras tindakan pas sebab masih kekalkan dia sebagai ahli pas....klau ikutkan boleh ja di buang dr pas berdasarkan bukti2 yg kukuh dia lwn arus
 
Tindakan berbohong atau memfitnah seseorang merupakan dosa besar walaupun dilakukan oleh golongan agamawan sekali gus mengingatkan mana-mana individu agar tidak selamanya merasakan diri mereka maksum tanpa dosa atau kesalahan.
http://www.utusan.com.my/.../enam-hantaran-fb-jadi-tanda.../

Enam hantaran FB jadi tanda tanya luahan hati Mohd. Khairuddin​

MOHD.-KHAIRUDDIN-AMAN-RAZALI-re-1.jpg

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

  • 11 Februari 2022, 2:18 pm

KUALA TERENGGANU: Enam hantaran dibuat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara berturut-turut dalam laman Facebook miliknya malam tadi seolah-olah menggambarkan luahan hatinya berhubung pengguguran sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama.

Dalam hantaran pertama, Mohd. Khairuddin menyentuh mengenai kewujudan ‘Little Napoleon’ yang boleh merosakkan organisasi itu sekali gus menyeru pelaksanaan amalan syura dan perbincangan mengikut kaedah-kaedah yang diperuntukkan.

Seterusnya, beliau berkata, tindakan berbohong atau memfitnah seseorang merupakan dosa besar walaupun dilakukan oleh golongan agamawan sekali gus mengingatkan mana-mana individu agar tidak selamanya merasakan diri mereka maksum tanpa dosa atau kesalahan.

Hantaran ketiga Mohd. Khairuddin pula menekankan setiap kemungkaran termasuk dalam organisasi perlu ditegur dan tidak wajar dibiarkan semata-mata kerana malu atau hormat kepada pemimpin.

Luahan hati itu diteruskan dengan hantaran yang mengingatkan untuk tidak memalukan seseorang secara berulang kali.

“Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar, tetapi, tidak selamanya akan berdiam apabila maruah dicemari dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara itu ada batasnya, jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan pengguguran Mohd. Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama berkuat kuasa semalam susulan isu-isu disiplin melibatkan pemimpin itu.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin berkata, setiap pemberitaan mesti diselidik dan usah melulu membuat kesimpulan daripada khabar-khabar angin kerana perbuatan itu menzalimi maruah seseorang.

Manakala dalam hantaran terakhir, beliau menitipkan ucapan orang beriman apabila ditimpa musibah.

“Setiap daripada kita tentu sahaja pernah berdepan pelbagai musibah dalam hidup, maka berzikirlah kerana zikir menggambarkan penyerahan diri kepada Allah,” katanya.
Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas Mohd. Khairuddin bagaimanapun gagal. –UTUSAN ONLINE

Back
Top
Log in Register