BTC USD 85,223.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Pecat daripada AJK PAS Pusat
Bukan pecat keahlian
Cuma bila dipecat daripada jawatan besar parti
Pasti ada sesuatu yang terjadi
Samada pihak pengurusan
Atau pun yg dipecat

Rugi juga kan sifu?

Bukan nak senang nak jadi AJK utama.

Mahu dia bertanding jawatan apa dalam muktamar nanti.
 
Pas seharusnya segera beri penjelasan rasmi pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bagi membina persepsi yang baik kepada parti. - Nik Abduh

Pas perlu beri penjelasan rasmi sebab pecat Khairuddin: Nik Abduh
| 18 Januari 2022

1642474591668.png

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM - Di sebalik kontroversi pengguguran Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan sahabatnya itu.

Nik Mohamad Abduh yang juga AJK Pas Pusat dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa berkata, Pas seharusnya segera memberi penjelasan rasmi mengenai pemecatanAhli Parlimen Kuala Nerus itu bagi membina persepsi yang baik kepada parti.

Ini kerana katanya, adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahui sebab pengguguran Mohd Khairuddin yang dikaitkan dengan isu disiplin kerana ia membabitkan 'kerosakan' kepada akhlak berjemaah.

"YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali adalah seorang pemimpin Pas yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang semakin suram cahayanya.

"Apabila Datuk Seri Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada AJK Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan Perikatan Nasional (PN), maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain. Ia masalah disiplin dalam parti.

"Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada publik, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti Pas. Bukan bocor atau viral sahaja," katanya.

Tambahnya, umum mengetahui Mohd Khairuddin merupakan antara figura utama pimpinan parti dengan kedudukannya sebagai bekas menteri daripada Pas dan kini masih memegang jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas.

"Tiga pihak yang akan terjejas atau rasa terhiris dengan 'pencalaran' tersebut. Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak Pas juga. Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam Perlembagaan Pas.

"Justeru saya kira penjelasan rasmi harus diberikan segera. Ia boleh membina persepsi yang baik kepada parti Pas.

"Pas sekarang memerintah negara. Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat. Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus," katanya.

Pada Jumaat lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan Mohd Khairuddin digugurkan daripada jawatan tersebut.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam Pas, termasuk diberhenti atau ditukarkan.
 
Puncanya masih jadi tanda tanya
#malaysiagazette #politik #pas

Khairuddin jadi liabiliti kepada Pas?​

18 January 2022

MGF04082020_HOSPITAL-SELAYANG-TERIMA-SUMBANGAN-MESIN-VENTILATOR_06.jpg

Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan jawatan Datuk Mohd Khairuddin Razali sebagai ahli jawatankuasa (AJK) parti telah digugurkan baru-baru ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, perkara itu amalan biasa dalam parti namun bagi ramai pihak, ia nampak luar biasa.

Luar biasa kerana bekas menteri dan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu digugurkan tanpa ada sebarang sebab yang diumumkan secara terbuka.

Abdul Hadi hanya menjelaskan perkara itu berlaku kerana pucuk pimpinan mempunyai alasan termasuk kerana seseorang ahli itu tidak mematuhi disiplin parti.

Ramai beranggapan apa yang berlaku kepada Mohd. Khairuddin itu ada kena mengena dengan pendiriannya berkaitan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Malah beliau mencabar Mohd Khairuddin atau mana-mana pihak menyatakan isu MN dan PN menjadi faktor pemecatan itu berlaku.

ā€œKalau dia berani, dia (Mohd. Khairuddin) buat kenyataanlah, ā€˜Saya dipecat kerana ini (MN dan PN). Kalau berani, silakan,ā€ katanya kepada media baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli menegaskan pemecatan berlaku disebabkan kerana masalah pentadbiran dan pengurusan parti.

Kemudiannya AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz juga meminta penjelasan kepada umum mengenai pemecatan Mohd Khairuddin dan bukan dalam kalangan pimpinan parti sahaja.

ā€œJika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada publik, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti Pas. Bukan bocor atau viral sahaja,ā€ katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, menurut Nik Abduh, masalah disiplin mungkin menjadi faktor pengguguran Mohd. Khairuddin selepas Takiyuddin menolak alasan pengguguran itu disebabkan perselisihan antara MN dan PN.

Mohd Khairuddin sebelum ini dilihat antara pimpinan pelapis Pas lebih-lebih lagi apabila dilantik menjadi menteri semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Setiausaha Dewan Ulama Pas dan dilantik AJK Pas Pusat walaupun tewas dalam pemilihan parti.
Namun Mohd. Khairuddin tidak terlepas daripada kontroversi seperti isu dakwaan tidak kuarantin selepas balik dari luar negara dan didakwa bersama selebriti ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.

Namun kesemuanya sekadar dakwaan namun sudah pasti ia memberi persepsi negatif.

Paling kontroversi, penyebaran audio yang didakwa suaranya yang seakan-akan mengkritik kepimpinan parti yang tersebar di media sosial.
Lantas Mohd Khairuddin dicap cuba menimbulkan penentangan terhadap pucuk pimpinan partinya.

Apa pun pucuk pimpinan Pas sudah pasti ada sebab konkrit berbuat demikian walaupun terhadap tokoh berkaliber dalam partinya sendiri.
Bagaimanapun ramai orang termasuk ahli-ahli Pas masih tertanya-tanya apa punca pemecatan Mohd. Khairuddin.- MalaysiaGazette

"Presiden sudah maklumkan alasannya disebabkan isu berkaitan disiplin. Tetapi tak perlulah kita ceritakan apa perinciannya kerana tindakan sedemikian akan menimbulkan masalah lain pula."
http://www.utusan.com.my/.../pas-tidak-perlu-dedah.../

Pas tidak perlu dedah alasan gugur Khairuddin​

MUHAMMAD-SANUSI-MD.-NOR-re.jpeg

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

  • 19 Januari 2022, 5:22 pm

ALOR SETAR: Pas tidak perlu mendedahkan secara terperinci alasan pengguguran Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas kepada umum.

AJK Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, penjelasan diberikan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa pengguguran itu disebabkan isu disiplin telah memadai.
Menurutnya, beliau merasakan Mohd. Khairuddin sendiri turut mengetahui mengapa tindakan sedemikian diambil terhadapnya.

ā€œPresiden sudah maklumkan alasannya disebabkan isu berkaitan disiplin. Tetapi tak perlulah kita ceritakan apa perinciannya kerana tindakan sedemikian akan menimbulkan masalah lain pula.

ā€œSaya rasa tuan tubuh (Mohd. Khairuddin) sendiri tau sebab musababnya malah rakan yang menulis di Facebook berhubung perkara itu pun tahu,ā€ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga AJK Pas Pusat menerusi laman Facebooknya semalam berpandangan, isu tersebut perlu dijelaskan kepada umum dan tidak terhad kepada ahli Pas semata-mata.

Nik Mohamad Abduh yang turut mengaku sebagai sahabat rapat Mohd. Khairuddin berkata, penjelasan rasmi itu sekiranya dibuat dengan segera boleh membina persepsi baik terhadap Pas yang kini memerintah negara apatah lagi isu tersebut melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, tindakan individu tertentu dalam Pas yang ā€˜pandai-pandai’ menulis di Facebook juga boleh dianggap sebagai isu disiplin.

Katanya, ā€˜orang lama’ yang berada dalam kepemimpinan parti itu sama sekali tidak akan menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan.

ā€œSaya berpegang kepada satu frasa iaitu pandai dialu-alukan, ā€˜pandai-pandai’ tak dialu-alukan. Tindakan menulis di Facebook ini pun dikira sebagai ā€˜pandai-pandai’ juga dan tak dialu-alukan.

ā€œPerjalanan dalam Pas ini ada Perlembagaan dan kita juga ada usrah, tarbiah serta bermacam-macam program bagi mendidik pemimpin agar pemimpin ini dapat pula mendidik ahli. Kalau ahli kita suruh guna saluran betul, pemimpin pun sama jugalah.

ā€œJanganlah tulis di Facebook. Walaupun kita pandai menulis, tetapi ā€˜pandai-pandai’ menulis tidak dialu-alukan,ā€ katanya.

Akuinya, beliau sendiri terlibat dalam dua mesyuarat yang berlangsung selama berjam-jam lamanya bagi membincangkan mengenai pengguguran Mohd. Khairuddin itu.

ā€œDua mesyuarat itu adalah Mesyuarat Jawatankuasa Harian dan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat. Keputusan dibuat secara konsensus, sebulat suara dan semuanya setuju secara kolektif,ā€ katanya. – UTUSAN ONLNE

​

Dedah la org nk tau, satgi org kt di to ditaktor marah plk hahaha
 
Back
Top
Log in Register