BTC USD 85,213.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

1642336270517.png

Takiyuddin cabar Khairuddin buat dakwaan dipecat kerana MN, PN

Diterbitkan: Jan 16, 2022 5:40 PM
⋅
Dikemaskini: 5:58 PM

Timbul tanda tanya kini mengapa Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat daripada jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Di sebalik tanggapan umum bahawa dia digugurkan kerana pendiriannya terhadap Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), hari ini seorang pemimpin kanan PAS menegaskan sebaliknya.

Malah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mencabar Khairuddin - atau mana-mana pemimpin - untuk menyatakan bahawa isu MN dan PN - adalah punca pemecatan tersebut.

"Adakah dia (Khairuddin) berani mengatakan bahawa soal ini (pendirian MN dan PN)?

ADS

"Kalau dia berani, dia buat kenyataanlah: 'Saya dipecat kerana ini (MN dan PN). Kalau berani, silakan," katanya kepada media di Kota Bharu hari ini.

Menurut Takiyuddin dia tahu benar apa yang berlaku dalam mesyuarat yang memutuskan pemecatan tersebut kerana menjadi sebahagian daripada anggota pertemuan berkenaan.

Sebelum itu Ahli Parlimen Kota Bharu itu ditanya mengenai punca pengguguran Khairuddin daripada badan atasan PAS itu digambarkan kerana pendiriannya terhadap MN - yang dimeterai bersama Umno.

Kerana masalah pentadbiran

Takiyuddin malah berkali-kali menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak ada kena-mengena langsung dengan isu MN dan PN.

"Not at all (tidak sama sekali), walaupun saya tak nak menghuraikan puncanya, tapi sama sekali tak ada kaitan dengan MN atau PN," katanya.

Keputusan PAS mengetepikan Khairuddin - yang merupakan salah seorang pemuka utama PAS sebelum ini - daripada jawatankuasa pusat PAS mengejutkan ramai orang.

Ia berlaku tidak lama selepas dia menganggotai badan berkenaan secara lantikan ekoran kalah dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

d6c8af3e47b78edb27cabdbe44192274.jpg
Mohd Khairuddin Aman Razali
Perkembangan itu menyusul selepas dia digugurkan daripada jawatan menteri apabila Ismail Sabri Yaakob menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Kelmarin Khairuddin membuat kenyataan pertama selepas pemecatannya dengan menegaskan bahawa "wajib" untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno.

Takiyuddin berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang membuat kenyataan bahawa pemecatan Khairuddin berpunca daripada isu MN dan PN.

Katanya PAS serius dengan pendirian tersebut.

Kata Takiyuddin isu perbezaan pandangan dalam PAS adalah perkara biasa termasuk mengenai sikap parti terhadap MN dan PN.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu menambah, perbezaan berkenaan sentiasa diraikan dalam PAS, justeru tidak menjadi sebab untuk parti mengetepikan Khairuddin.

Takiyuddin berkata, Khairuddin dipecat atas sebab yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

"Ini purely (kerana) masalah pentadbiran dan pengurusan parti," katanya.
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/607126

Nah dh jadi perang plk dh kome nie hahaha
 
​

Pecat Khairuddin: Tak pernah pemimpin gugur kerana beza pendapat, tapi kesalahan disiplin, jelas Takiyuddin​

January 16, 2022 7:15 PM

TAKIYUDDIN_HASSAN_PAS_KOTA_BHARU_KELANTAN_MENTERI_JPM_PARLIMEN_UNDANG_UNDANG-_FMT_20082020-2.jpg

Takiyuddin Hassan berkata, tidak pernah ada orang digugurkan atau dipecat PAS akibat perbezaan pendapat, kecuali tindakan itu bercanggah perlembagaan parti kerana ia satu kesalahan disiplin.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengesahkan bahawa pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, daripada Jawatankuasa PAS Pusat bukan kerana perbezaan pendapat.

Malah, tidak pernah seseorang dalam PAS dipecat kerana berbeza pendapat, tegasnya, mengulas pengguguran Khairuddin di sebalik khabar angin mengatakan ia berkaitan dengan isu Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

“Dalam PAS, tidak pernah ada kes berpunca daripada perbezaan pendapat yang menyebabkan seseorang itu digugurkan atau dipecat, kecuali tindakan itu bercanggah perlembagaan parti kerana ia satu kesalahan disiplin,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Khairuddin dilantik ke AJK PAS Pusat selepas pemilihan parti tahun lepas yang menyaksikan beliau tewas.

Ketika ditanya FMT sebab beliau digugurkan, Khairuddin sekadar menjawab, “boleh baca apa yang tersirat” dan berkongsi catatan Facebook yang mengingatkan pemimpin bahawa wajib mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mengumumkan pengguguran Khairuddin sebagai AJK PAS semalam, menentang Muafakat Nasional diteruskan jika Umno tidak menerima Bersatu dalam gagasan itu.

“Saya nafikan mana-mana pihak yang mengatakan tindakan terhadap Khairuddin ini berpunca daripada isu berkaitan MN dan PN, tidak sama sekali…saya boleh sahkan perkara itu,” tegas Takiyuddin hari ini.

Beliau tidak mahu menghuraikan mengapa Khairuddin digugurkan, dan memberi amaran, “sesiapa nak buat kenyataan sedemikian…saya boleh ambil tindakan undang-undang.”

Takiyuddin menambah Hadi selaku Presiden berhak menamatkan lantikan mana-mana pemimpin jika merasakan individu terbabit tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sewajarnya.

Proses itu bagaimanapun memerlukan persetujuan Jawatankuasa PAS Pusat, tambahnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor berkata pengguguran Khairuddin itu bagi melantik individu lain yang mempunyai kepentingan dalam konteks jawatankuasa parti berkenaan.

“Tak ada isu sangat. Khairuddin juga masih kekal, cuma tidak dalam AJK PAS Pusat. Ada program-program lain yang diuruskannya,” katanya menurut Mingguan Malaysia.

Pas tidak berpecah​

17 Januari 2022 | Masa membaca: 2 minit

1417874.jpg

Pas menyangkal dakwaan wujud perselisihan antara dua pemimpin. Gambar kecil dari kiri: Razman, Mahfodz, Khairil Nizam

SHAH ALAM - Pas menyangkal dakwaan wujud perselisihan antara bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dengan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang membawa kepada pemecatan jawatan dalam parti berkenaan.

Malah Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad turut menjelaskan tuduhan bahawa parti tersebut berada di ambang perpecahan juga tidak benar.

Menurutnya, perpaduan dalam parti berkenaan pada ketika ini berada dalam keadaan baik.
“Kita ok semua, tidak ada apa-apa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pengguguran Mohd Khairuddin sebagai AJK Pas pada Jumaat lalu telah mencetuskan spekulasi kemungkinan wujudnya perpecahan dalam parti tersebut khususnya berkaitan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Mohd Khairuddin merupakan antara pemimpin Pas yang dilihat mempunyai kecenderungan terhadap usaha mengukuhkan hubungan bersama UMNO melalui MN berbanding kerjasama dengan PN.

Malah, beliau melalui hantaran di Facebook pada hari pemecatannya turut mengingatkan bahawa hukum untuk mengusahakan perpaduan antara Pas dan UMNO dari segi syarak wajib dan bukannya sunat.

Dalam pada itu, Idris yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, setakat ini pendirian kepimpinan Pas Pusat berhubung kerjasama bersama PN dan MN adalah seiring dengan Majlis Syura Ulama.

Majlis Syura Ulama Pas pada 30 Disember lalu menegaskan kepentingan memperkasa MN dan PN yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Keputusan itu dilihat menjejaskan hubungan Pas bersama UMNO dalam MN kerana parti terbesar orang Melayu itu telah membuat ketetapan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Turut menafikan spekulasi perpecahan ekoran daripada pemecatan Mohd Khairuddin ialah Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak dapat berkongsikan mengenai punca yang menyebabkan berlakunya pemecatan tersebut.
Sementara itu, Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, beliau tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu pemecatan tersebut kerana ia baru berlaku.

“Buat masa ini, saya tidak dapat beri komen kerana benda itu baru nak diuruskan. Jadi, mungkin dua tiga hari nanti baru boleh diselesaikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, di sebalik pemecatan yang berlaku itu, hubungan dalam parti khususnya di peringkat negeri masih berjalan seperti biasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semanggol, Perak berkata, tiada sebarang pertentangan pendapat dalam kalangan akar umbi di negeri tersebut berkaitan kerjasama parti itu dalam MN dan PN.

Tidak tepat Khairuddin dilabel 'orang kuat MN' - Ahmad Fadhli​

Januari 17, 2022 07:31 MYT
Tidak tepat Khairuddin dilabel 'orang kuat MN' - Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli (kiri) berkata, pengguguran Khairuddin (kanan) dibuat selepas AJK Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan tindakan berkenaan. - Gambar fail

PASIR MAS: Gelaran 'orang kuat' Muafakat Nasional (MN) yang diberikan kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali adalah tidak tepat.

Demikian menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari yang menegaskan, sebahagian besar pimpinan Pas yang ada hari ini adalah penyokong MN.

"Kalau nak dikatakan dia orang kuat kepada MN dan sebagainya, sebenarnya, semua yang berada dalam Pas pro kepada MN dan pro kepada Perikatan Nasional.

"Pengguguran sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merupakan satu proses biasa dalam parti. Menjadi hak jawatankuasa untuk memberhentikan mana-mana ahli yang tidak membawa aspirasi parti," katanya di sini, semalam.

Tambah Ahmad Fadhli, pengguguran Khairuddin dibuat selepas AJK Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan tindakan berkenaan.

Khairuddin dalam tulisannya di laman Facebook miliknya selepas digugurkan memaklumkan, hukum untuk mengusahakan perpaduan antara Pas dan UMNO dari segi syarak wajib hukumnya.

Beliau, yang juga salah seorang AJK Perundingan MN, meminta pemimpin kembali memperkasakan dan menyuburkan MN.

Semalam Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan pemecatan Khairuddin Aman Razali daripada jawatankuasa pusat parti itu bukan kerana perbezaan pendapat.

‘Kenapa saya dipecat? Biar Takiyuddin perjelas’, kata Khairuddin​

January 17, 2022 12:36 PM

Khairuddin-Aman-Razali.jpg

Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali menyerahkan kepada kebijaksanaan Takiyuddin Hassan untuk menjelaskan penggugurannya daripada Jawatankuasa PAS Pusat.

PETALING JAYA: Khairuddin Aman Razali enggan mengulas lanjut alasan digugurkan daripada Jawatankuasa PAS Pusat selepas Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan mengesahkan pemecatannya bukan kerana perbezaan pendapat mengenai Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Takiyuddin untuk membuat penjelasan berhubung penggugurannya.

“Kena tanya SUA (sebab pengguguran),” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya, Khairuddin yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS menegaskan usaha penyatuan umat adalah perjuangan besar melangkaui kepentingan politik kepartian.

“Ia platform menyatukan hati, menyuburkan semangat kekeluargaan, memperkasa ekonomi dan mensejahterakan negara.

“Perjuangan besar Nabi kita ialah menyatukan umat di Madinah antara Aus dan Khazraj seterusnya berpadu dengan golongan Muhajirin. Akhirnya lahirlah umat yang kuat ikatan kejiwaannya, kukuh ekonominya dan sejahtera negaranya. Impian yang perlu disegerakan menjadi kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, sebaik digugurkan daripada Jawatankuasa PAS Pusat, Khairuddin mengingatkan pemimpin mengenai hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno menerusi MN bukannya lagi sunat.

“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa,” katanya.

Katanya, menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasa dan menyuburkan lagi perpaduan antara kedua parti tersebut melalui MN yang diasaskan bersama sebelum ini.

Semalam, Takiyuddin mengesahkan pemecatan Khairuddin bukan kerana perbezaan pendapat sekali gus menepis khabar angin ia berkaitan isu PN dan MN.

Malah katanya, tidak pernah seseorang dalam PAS dipecat kerana berbeza pendapat.

“Dalam PAS, tidak pernah ada kes berpunca daripada perbezaan pendapat yang menyebabkan seseorang itu digugurkan atau dipecat, kecuali tindakan itu bercanggah perlembagaan parti kerana ia satu kesalahan disiplin,” kata Takiyuddin.

lawan presiden ni la natijahnya...

dalam pas ni jgn tunjuk pandai lebih drpd presiden.. kang ..... ( korang isi la sendiri tempat kosong tu )
 
Back
Top
Log in Register