BTC USD 84,825.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

ye.. sapa yg tidak sealiran dgn ayoh chik.. mmg kena ler.. kikiki.. biasa la tu dlm parti politik..

berani khairudin tak walak dgn tghh.
Mn parti pun sama bang, xsealiran ngn ketua ja mesti kena ketat jgk
 
Pengguguran Khairuddin tiada kaitan dengan MN, kata Tuan Ibrahim​

January 16, 2022 10:45 AM

tuan-ibrahim-tuan-man-bernama-301121-1.jpg

Tuan Ibrahim berkata pengguguran Khairuddin sebagai AJK PAS Pusat adalah bagi melantik individu lain yang mempunyai kepentingan dalam konteks jawatankuasa parti itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat selepas kurang dua bulan dilantik memegang jawatan itu, tiada kaitan dengan Muafakat Nasional (MN), kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, perubahan yang berlaku itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu hangat.

Katanya, pengguguran itu bagi melantik individu lain yang mempunyai kepentingan dalam konteks jawatankuasa parti berkenaan.

“Khairuddin dicadang dilantik (semula) oleh Presiden (Abdul Hadi Awang) dan kemudian Presiden tarik balik cadangan itu kerana selepas kita mesyuarat, Presiden ada cadangan nama lain dan beliau (Mohd Khairuddin) digugurkan.

“Jadi tidak ada kaitan dengan MN, ini masalah dalaman parti. (Maka) tak ada isu sangat. Khairuddin juga masih kekal cuma tidak dalam AJK PAS Pusat, ada program-program lain yang diuruskannya,” katanya, menurut laporan Mingguan Malaysia.

Pada 23 November lalu, Khairuddin adalah antara tiga pemimpin tertinggi PAS yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Hadi pada Jumaat lalu dilaporkan mengesahkan pengguguran Khairuddin dan berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu sama ada diberhenti atau ditukarkan.

Semalam, FMT melaporkan Khairuddin membayangkan penggugurannya itu berkaitan dengan desakannya mahukan parti itu mengutamakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ditanya oleh FMT, sebab beliau digugurkan, Khairuddin hanya berkata “boleh baca apa yang tersirat.”

Nafi la selagi boleh nafi, tp ramai dh tau sebab apa
 
ye.. sapa yg tidak sealiran dgn ayoh chik.. mmg kena ler.. kikiki.. biasa la tu dlm parti politik..

berani khairudin tak walak dgn tghh.

ahhh kauu

diamlah.. kerja nak menghasut nye..
 
i-CITRA, PRN JOHOR 2022, DAN PRU-15

(Sesi Townhall bersama Isham Jalil jemputan Veteran UMNO Johor, 12 Januari 2022)

00:25 Tahun ini tahun pilihanraya

03:25 Isu KWSP i-Citra

07:45 Kes Azam Baki

10:30 PRU-15 dan PRN Johor atau pemilihan UMNO dulu?

13:00 Situasi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN Johor

18:00 BN boleh menang 32 ke 42 kerusi DUN di Johor

19:10 Soalan dan pandangan akar umbi berkenaan i-Citra

21:50 Soalan berkenaan status Muafakat Nasional dan kenyataan Haji Hadi

25:00 Perikatan Nasional mengikat PAS

30:15 Kesan Undi 18 ke atas pilihanraya dan BN

36:00 Ada menteri nak tangguh pilihanraya sebab sayang jawatan?

37:45 Keadaan ekonomi negara selepas 39 bulan PPBM (PH dan PN) memerintah

44:00 Penguatkuasaan Undang-undang yang selektif oleh dan ke atas Menteri

46:30 Kriteria calon-calon pilihanraya

49:45 Calon Wanita boleh menang pilihanraya

"Kadang-kadang ada perkara yang kita fikir betul tetapi tidak selari dengan keputusan organisasi atau jemaah," katanya.

1642320818297.png

Semua setuju, akur keputusan pecat Khairuddin - Awang

Diterbitkan: Jan 16, 2022 3:57 PM
⋅
Dikemaskini: 3:57 PM

Salah seorang anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat mendedahkan, keputusan parti itu memecat Khairuddin Aman Razali daripada badan tersebut dibuat secara sebulat suara.

Bahkan menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim tidakan menyingkirkan bekas menteri itu adalah suatu amalan yang biasa dalam sesebuah organisasi.

Jelas Awang, badan tersebut memang selalu konsensus dalam apa juga hal dan yakin tidak akan berlaku perpecahan dalaman PAS akibat tindakan mengetepikan Khairuddin.

"Ini (pemecatan) perkara biasa. Saya juga berada dalam mesyuarat terbabit pada ketika itu.

"Semua setuju dan akur (keputusan pemecatan)," katanya seperti dilaporkan Sinar Online, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan jawatan Mohd Khairuddin sebagai AJK lantikan PAS digugurkan atas sebab disiplin.

Pemecatan itu dibuat tidak sampai dua bulan selepas ahli parlimen Kuala Nerus dan bekas watak penting dalam Dewan Ulama PAS Pusat itu dilantik ke jawatan berkenaan.

Tak selari kehendak parti
Untuk rekod, Khairuddin kalah kerana gagal mendapat undi mencukupi bagi menempatkan dirinya dalam barisan AJK PAS Pusat dalam pemilihan baru-baru ini.

Menurut Abdul Hadi, keputusan pengguguran Mohd Khairuddin itu dibuat parti pada mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Khairuddin sebelum ini dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian Abdul Hadi dan didakwa mengkritik presidennya itu dalam satu rakaman audio yang tular di media sosial.

Dia juga digugurkan daripada jawatan menteri selepas berlaku pertukaran perdana menteri dan kabinet.

Kata Awang sebelum ini dia sendiri pernah dipecat daripada jawatannya sebagai Setiausaha PAS Kedah namun peristiwa itu menjadi cabaran kepadanya untuk terus memperbaiki diri dan meneruskan langkah politiknya.

Ditanya mengenai punca Khairuddin dipecat, Awang berkata, ia adalah sama seperti apa yang dijelaskan Abdul Hadi sebelum ini.

Dl pun masa najib pecat Pak din camtu gk, ada ka berani lwn boss nie hehehe budaya kt camtu la....last tngk apa nasib umno lepas tu
 
Back
Top
Log in Register