BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS


‘Boleh baca apa yang tersirat,’ pengguguran Khairuddin berkait isu MN?​


January 15, 2022 9:10 AM

FMT-KHAIRUDDIN-AMAN-RAZALI-PERUSAHAAN-PERLADANGAN-DAN-KOMODITI-08.jpg


Khairuddin memberitahu sungguhpun digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, beliau kekal sebagai Setiausaha Majlis Syura parti.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali membayangkan penggugurannya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, berkaitan dengan desakannya mahukan parti itu mengutamakan kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ditanya oleh FMT, sebab beliau digugurkan, Khairuddin hanya berkata “boleh baca apa yang tersirat.”

Beliau tidak mengulas lanjut namun menghantar pautan Facebook kepada artikel terbarunya selepas pengguguran itu, yang mengingatkan pemimpin mengenai hukum syarak “wajib” untuk mengusahakan perpaduan antara PAS dan Umno.




“Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa,” kata Khairuddin.




“Tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing.
Justeru, kata beliau, “menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan yang telah berjaya dibina ini.”
“Ini kerana perpaduan antara umat Islam dari dua kelompok besar melebihi empat juta ahli ini pada hukum syaraknya wajib diusahakan bukannya sunat.
“Mereka yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi bukan demi kepentingan umat,” jelasnya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengumumkan pengguguran Khairuddin sebagai AJK PAS semalam, menentang MN diteruskan jika Umno tidak menerima Bersatu dalam gagasan itu.

Hadi menuduh kalangan pemimpin Umno sebagai melanggar piagam MN kerana berkeras tidak mahu menerima Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin.
“PAS terbuka tetapi malangnya dia (pimpinan Umno) nak PAS dengan Umno sahaja, jadi tak bolehlah, PAS tak boleh diarah, PAS parti tersendiri, PAS bukan di bawah BN (Barisan Nasional),” kata Hadi sebelum ini.

Dalam pada itu, Khairuddin memberitahu FMT sungguhpun digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, beliau kekal sebagai Setiausaha Majlis Syura parti.
Katanya, perlantikan sebagai Setiausaha Majlis Syura PAS dibuat oleh Mursyidul Am Hashim Jasin.

“Saya masih lagi Setiausaha Majlis Syura, itu lantikan Mursyidul Am dalam mesyuarat syura,” katanya.

Ahli lain Majlis Syura PAS adalah Hadi dan Timbalan Presiden parti Tuan Ibrahim Tuan Man.

Majlis syura PAS merupakan badan tertinggi dalam parti Islam itu yang diberi kuasa menafsir, menjelas dan menghuraikan dasar, menafsir perlembagaan, mengeluarkan arahan supaya dasar parti dipatuhi.

Semalam, Hadi enggan menyatakan punca Khairuddin digugurkan sebagai AJK PAS Pusat, selain menyifatkan ia sebagai “perkara biasa.”
Pada 23 Nov lalu, Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin PAS yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti itu di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

 
1642217825008.png


Perpaduan umat PAS, Umno 'wajib bukan sunat' - Khairuddin

Diterbitkan: Jan 14, 2022 9:39 PM


Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Razali yang dipecat jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan hukum syarak "wajib" untuk mengusahakan perpaduan antara partinya dan Umno.

"Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019 telah berjaya mendamaikan dua kelompok umat Islam Melayu yang "berperang" lebih 41 tahun sejak 1978 kerana politik.

"Ramai yang menangis kesyukuran kerana perpaduan ini," katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

Ia kenyataan pertama Mohd Khairuddin selepas penyingkirannya daripada kepimpinan PAS.


ADS

"Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa.

"Tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing.

"Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan yang telah berjaya dibina ini kerana perpaduan antara umat Islam dari dua kelompok besar melebihi empat juta ahli ini pada hukum syaraknya wajib diusahakan bukannya sunat.

"Mereka yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi bukan demi kepentingan umat," jelasnya.

8a606ae7f7d8cb33d640edace54afd22.jpg

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan jawatan Mohd Khairuddin sebagai AJK PAS digugurkan.

Pemecatan itu dibuat tidak sampai dua bulan dia dilantik ke jawatan itu, setelah tewas dalam pemilihan pusat parti itu.

Menurut Abdul Hadi, keputusan pengguguran Mohd Khairuddin itu dibuat parti pada mesyuarat yang diadakan kelmarin di ibu pejabat parti itu, di Kuala Lumpur.

Pada 23 November lalu, Mohd Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi PAS yang dilantik semula sebagai AJK PAS bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Khairuddin sebelum ini dilantik ke jawatan itu bersama bekas ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Mohd Zuhdi Marsuki, setiausaha politik Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketiga-tiga mereka dilihat sebagai pimpinan PAS yang lebih cenderung terhadap kerjasama politik dengan Umno berbanding Bersatu.

PAS setakat ini mahu menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti itu, walaupun Umno dilihat bertegas tidak mahu bersama Bersatu.


 
Menurutnya, kenyataan dan penegasan Majlis Syura Ulama berkaitan PN dan MN hendaklah didokong oleh kepimpinan dan ahli di semua peringkat.

Jangan ada langkah berlawanan dengan Majlis Syura, kepimpinan’
15 Januari 2022



1642223570205.png

Mokhtar

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik menggesa agar tidak ada kecenderungan atau langkah yang berlawanan dengan Majlis Syura Ulama dan kepimpinan berkaitan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).


Menurutnya, kenyataan dan penegasan Majlis Syura Ulama berkaitan PN dan MN hendaklah didokong oleh kepimpinan dan ahli di semua peringkat.

“Kerana ia merupakan penegasan badan tertinggi dalam Pas. Bahkan Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sendiri berada dalam badan tersebut.


“Pendirian Majlis Syura Ulama telah disambut penuh tegas oleh Dewan Ulama Pas Pusat melalui perutusan pertama ketuanya selepas Muktamar Khas Dewan itu pada 31 Disember yang lalu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Sabtu.

Kenyataan dikeluarkan itu berkemungkinan merujuk kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dilapor mengingatkan bahawa hukum untuk mengusahakan perpaduan antara Pas dan UMNO dari segi syarak wajib dan bukannya sunat.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan antara kedua parti tersebut melalui MN.

Mengulas lanjut, Mokhtar turut memberikan peringatan bahawa di dalam perjuangan tidak perlu banyak wajah.

“Sekadar nak beri peringatan, jangan banyak wajah dan berwajah-wajah dalam perjuangan ini. Nak walak kepada jamaah dan pimpinan, walak la betul-betul.

https://www.sinarharian.com.my/article/183156/BERITA/Politik/Jangan-ada-langkah-berlawanan-dengan-Majlis-Syura-kepimpinan?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=‘Jangan+ada+langkah+berlawanan+dengan+Majlis+Syura,+kepimpinan’&fbclid=IwAR1hXl3rgcwfJ59X-4n9IERxh01WA_cjoJBvRO6ejAG6_Wa0TN28l7zSPc8
 
Kalau melibatkan UMNO, susah nak cakap.

Ada yang nak muafakat....ada yang tak nak.

Kita cuma boleh nampak perubahan bila TGHH dah tak jadi Presiden.


Bukan nak sokong sapa2, tapi zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor nampak lebih berwibawa.
 
ni yang kena kem yang x ngam dgh ayoh chik kan? sapa yg kem x ngam dgn ayoh chik semua kalah pemilihan ari tu kan....

ye.. sapa yg tidak sealiran dgn ayoh chik.. mmg kena ler.. kikiki.. biasa la tu dlm parti politik..

berani khairudin tak walak dgn tghh.
 
Back
Top
Log in Register