BTC USD 84,540.0 Gold USD 4,283.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin bertanding calon BN di Kuala Nerus

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Pemilihan Khairuddin sebagai calon BN di Parlimen itu mengejutkan ahli dan pemimpin UMNO di Parlimen tersebut walaupun beliau sering berceramah atas pentas UMNO sejak kebelakangan ini.
https://www.utusan.com.my/.../khairuddin-calon-bn-di.../

Khairuddin calon BN di Parlimen Kuala Nerus​

WhatsApp-Image-2022-11-01-at-9.06.11-AM.jpeg


DR. MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

  • 1 November 2022, 9:28 am



KUALA TERENGGANU: Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu dikatakan akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.




Pemilihan Khairuddin sebagai calon BN di Parlimen itu mengejutkan ahli dan pemimpin UMNO di Parlimen tersebut walaupun beliau sering berceramah atas pentas UMNO sejak kebelakangan ini.



Sebelum ini, dua nama disebut-sebut sebagai calon BN di Parlimen berkenaan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff.

BN dijadual mengumumkan calon yang akan bertanding dalam PRU15 di Kuala Lumpur pada malam ini.
Khairuddin dipilih sebagai calon diputuskan oleh pemimpin UMNO di peringkat Pusat memandangkan nama pemimpin Pas itu tidak pernah dicadangkan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Perhubungan UMNO Negeri.

Difahamkan pemilihan Khairuddin dapat menarik lebih ramai pengundi Pas di kawasan itu.

Ini kerana, bekas pemimpin Pas itu masih mempunyai pengaruh dalam kalangan ahli-ahli Pas walaupun mengumumkan berhenti menjadi ahli Pas pada Mac lalu.

Bagaimanpun difahamkan pemilihan Khairuddin itu menimbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO di Parlimen tersebut yang mahu pemimpin mereka dipilih sebagai calon.



Utusan Malaysia pada Ahad lalu melaporkan Khairuddin berkata, ahli dan penyokong Pas perlu mengundi BN pada PRU15 bagi mengelak kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang akan membawa mudarat lebih besar kepada negara.

Menurutnya, saranan tersebut adalah berasas kerana pada masa ini hanya BN yang mampu menyekat kemaraan PH dalam PRU15.

Pada PRU14, Khairuddin memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus selepas mendapat 37,974 undi mengetepikan calon BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memperoleh 29,527 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdullah Muhamad (4,604 undi). –UTUSAN
 

Tugas saya bantu BN menang, Khairuddin enggan ulas pertahan Kuala Nerus​


November 1, 2022 12:36 PM

MOHD-KHAIRUDDIN-AMAN-RAZALI-BERNAMA.jpg


Penyandang Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu atas tiket Barisan Nasional. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali menyerahkan kepada Umno berhubung keputusan sama ada beliau boleh mempertahankan kerusinya bawah tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Enggan mengulas lanjut, Khairuddin berkata ketika ini beliau membantu untuk memberikan kemenangan kepada BN.

“Wallahualam, terserah pada Umno pusat. Kena rujuk pada mereka.

“Tugasan saya untuk berkempen semaksimumnya untuk memenangkan BN. Saya sedang turun di Kedah, esok ke Lumut, Pasir Salak dan turun ke Pahang bantu menteri besar Pahang,” katanya kepada FMT.



Khairuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media bahawa beliau dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket BN.
Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu turut dikhabarkan akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat.
Ketika ditanya sama ada Umno berjumpanya berhubung kerusi berkenaan, Khairuddin hanya memberi jawapan ringkas dan enggan mengulas perkara itu.
Mengenai kesediaannya untuk menyertai Umno, Khairuddin berkata “ia isu yang tidak berbangkit”.

“Wallahualam, yang penting saya buat kerja untuk beri kemenangan, halang Pakatan Harapan berkuasa,” katanya.
BN dijadual mengumumkan calon yang akan bertanding dalam PRU15 di Kuala Lumpur malam ini.
 
Pas Kelantan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung tindakan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebook miliknya semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hanya pemilik akaun media sosial itu yang mengetahui tujuan tindakan berkenaan dilakukan.

Kredit sinar harian
 
Pas Kelantan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung tindakan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebook miliknya semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hanya pemilik akaun media sosial itu yang mengetahui tujuan tindakan berkenaan dilakukan.

Kredit sinar harian
Mungkin biru sbb penuh kt air la kot. Ekekeje
 
Pandangan peribadi aku dia tak patut bertanding atas tiket BN, tapi BN perlu bagi dia jawatan senator & menteri
Patutnya mcm tu...tp umno setiap gerak ada muslihat hahaha....bang khai xrasa ka dia kena peralat....kt kan dia kalah....apa nasib dia dlm politik lepas nie hehehe
 
Back
Top
Log in Register