BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KFA, Cardiff City Meterai MoU Kerjasama

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
ALOR SETAR, 15 Ogos - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan bekerjasama dengan pasukan Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan bola sepak negeri dan pengurusannya.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak berlangsung di sini malam tadi. KFA diwakili Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat KFA Aminuddin Omar manakala Cardiff City FC diwakili Pengarahnya Datuk Lye Ek Seang.

Majlis tersebut disaksikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Presiden KFA serta Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan yang juga pemilik Cardiff City FC.

Mukhriz dalam ucapannya berkata kerjasama hasil MoU itu akan dibincangkan dengan segera dan KFA akan mendapat banyak bantuan daripada kelab Liga Perdana Inggeris itu terutama dalam aspek kejurulatihan dan pendekatan terkini dalam bola sepak.

Katanya kedua-dua pihak juga akan berbincang soal pertukaran pemain selain latihan bersama sama ada di Kedah atau di Cardiff City.

"Juga ada cadangan untuk membina akademi bola sepak melibatkan kedua-dua pihak. Ia bukan hanya untuk negeri Kedah tetapi juga untuk zon utara. Prasarana di akademi ini akan menguntungkan negeri Kedah...kerajaan negeri juga sedang cuba untuk mendapatkan penajaan daripada pelbagai pihak," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Mukhriz berkata pihaknya akan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan akademi itu yang mungkin dibina di tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di Sungai Petani.

"Beliau (Tan) banyak pengalaman setelah menjadi pemilik Cardiff City. Mungkin Cardiff City mempunyai kaedah untuk meningkatkan prestasi pemain dan jurulatih selain pengurusan. Saya yakin bahawa itu akan membantu KFA.

"Yang penting adalah prasarana yang akan ditambah baik dengan suntikan tenaga mahir dan jurulatih yang dikenal pasti oleh Tan Sri sebagai pemilik Cardiff City. Ia bukan hanya tentang pemain tetapi bagaimanapun kita mengurus sebuah pasukan bola sepak," katanya.

Sementara itu, Tan berkata beliau berharap rundingan kerjasama untuk pembinaan akademi bola sepak itu diadakan secepat mungkin dan jika tapaknya sesuai ia boleh dibina dalam masa terdekat.

"Akademi bola sepak ini akan menjadi pelaburan peribadi saya sendiri," katanya.
 
Makin rancak la season akan dtg
Makin sengit perlawanan lepas nie
 
harap bertambah baik pasukan negerikan dan pasukan malaysia amnya..:)
 
Dengar2 barca berminat nak kerjasama dengan Team Selangor selepas mengetahui kehebatan padang Shah Alam....

HEHe
 
Back
Top
Log in Register