BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Safee sah terima jemputan Cardiff City

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
http://www.youtube.com/watch?v=xJ8pHWDf6CE&feature=player_detailpage

PENYERANG berbisa Harimau Malaya, Safee Sali secara rasminya menerima jemputan untuk menjalani ujian penuh bersama pasukan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City FC.

Menurut kenyataan dipetik dalam laman rasmi Facebook, (SafeeSali_10 Official) semalam, Safee akan terbang ke United Kingdom minggu depan dan menjalani ujian selama dua minggu.

Kenyataan itu juga menyebut, bekas pemain Selangor itu sudah memohon surat pelepasan daripada majikannya, Pelita Jaya FC dan masih menunggu keputusan berkenaan.

Jika semuanya berjalan lancar, hero Harimau Malaya itu akan berangkat pada 12 hingga 27 September ini.

Sesungguhnya, perkembangan ini adalah satu penghormatan dan sejarah buat pasukan bola sepak Malaysia selepas beliau muncul pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia, Februari lalu.

Bersama Pelita Jaya, Safee berjaya meledak tujuh gol dalam 13 penampilan untuk membantu kelabnya itu keluar daripada zon penyingkiran.

Ketika mewakili pasukan The Red Giants, Safee memenangi Piala Liga Super sebanyak dua kali pada 2009 dan 2010.

Tahun lalu, dia menjadi watak terpenting dalam pasukan kebangsaan merangkul gelaran Piala Suzuki AFF buat pertama kali dalam sejarah sejak dipertandingkan pada 1996 di Thailand.http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9506271.asp
 
teruskan perjuangan...

jgn panggil sarbini sudah..:))
 
go bro safee
 
pemain singaport ada tak yang terpilih? :p
 
teruskan perjuangan...

jgn panggil sarbini sudah..:))

sharbinee+allawee.jpg

sape panggil temaann????:)):))
 
jgn lupa diri...buat yg terbaik..harumkan nama malaysia
 
Back
Top
Log in Register