BTC USD 84,523.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KAFA mahu kerjasama dengan PBNJ

monster_forex

Active+ Member
Messages
4,576
Joined
Nov 16, 2006
Messages
4,576
Reaction score
36
Points
30
CENTER]_02.1.jpg

KOTA BHARU - Usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melakukan transformasi dalam aspek pembangunan sukan bola sepak di negeri itu wajar dijadikan panduan.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha yang dilakukan oleh PBNJ sejak setahun lalu telah berjaya mengangkat kembali martabat bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Saya menyatakan kekaguman di atas apa yang sedang diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ini.

"KAFA telah melakukan banyak usaha tetapi saya berdepan banyak kekurangan. Saya nampak JDT memang layak menjadi negeri contoh.

"Bagaimana keinginan Tunku Ismail (memajukan bola sepak) sama juga seperti saya, tetapi mereka (PBNJ) mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan, syarikat swasta dan masyarakat. Itu membolehkan PBNJ mempunyai satu rancangan cukup menarik dan wajar diikuti negeri lain," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas mengenai pertemuan antara beliau dengan Presiden PBNJ itu di Istana Pasir Pelangi pada 18 Disember lalu.

Annuar memberitahu, pertemuan tersebut bagi membincangkan hal berkaitan bola sepak dan ia memberi impak yang cukup positif.

Katanya, beliau akan mengesyorkan kepada Tunku Ismail untuk membolehkan satu kerjasama diwujudkan antara KAFA dengan PBNJ termasuk menganjurkan seminar pengurusan serta pentadbiran bola sepak melibatkan kedua-dua pihak.

"Saya telah minta satu firma yang terlibat dalam pengurusan sukan untuk bekerjasama dengan dengan JDT dan saya akan sembahkan kertas kerja kepada Tunku Ismail. Banyak negeri mempunyai fasiliti tetapi pengurusan mereka tidak begitu baik," ujarnya.

Annuar berkata, beliau tertarik dengan pembangunan prasarana dilakukan PBNJ dengan menaik taraf kemudahan di Stadium Larkin bagi memenuhi standard bola sepak dunia.

"Di Kelantan kita sendiri pun tak ada padang latihan rasmi. Hanya sekali sekala menyewa padang stadium (Stadium Sultan Muhammad IV) itu pun masih tidak memenuhi piawaian bola sepak antarabangsa," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan/20140103/su_02/KAFA-mahu-kerjasama-dengan-PBNJ#ixzz2pIRsD500
© Utusan Melayu (M) Bhd

apa kata anda??

apa yg aku nampak kat sini, yg sibuk dok bergaduh penyokong, tapi presiden persatuan semua dok berbincang utk menambah baik sistem bola sepak negeri dan negara .....

yg pelik tuh, kenapa masih ramai penyokong dok bergaduh .....

penyokong dok bergaduh boleh dapat banyak sponsor ker??

hairan2 .....​
 
Gaduh2 tu pasal bola je. Tu pun kebanyakan dkt internet. Pasal lain ok je. Pada aku tu yg memeriahkan bola sepak. Haha.

Annuar Musa ni kata dah letak jawatan? Apasal dia mcm 'acting president' je. Hehehe​
 
Gaduh2 tu pasal bola je. Tu pun kebanyakan dkt internet. Pasal lain ok je. Pada aku tu yg memeriahkan bola sepak. Haha.

Annuar Musa ni kata dah letak jawatan? Apasal dia mcm 'acting president' je. Hehehe

masalah gaduh2 ni yg buat aku jadi malas nak layan bola, bosan dokk ....

Annuar nie, cakap kat mulut jer letak jawatan, tapi TRW masih di hati .....

ibarat dari sampah di gilap jadikan permata ... takkan nak tinggal cam tu jer ..... selagi tak nampak prestasi si pengganti ....
 
gud job....spatutnye cmtu la...bola je kot
 
Aku sokong dgn usaha TSHAM nih untuk sama-sama melakukan transformasi kepada pasukan bolasepak negeri Kelantan. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan bersama PBNJ pun pada aku satu usaha yg bagus. Memang inilah yang sepatutnya berlaku antara orang2 kuat bolasepak negeri demi menaikkan imej bolasepak Malaysia. Kalau bersaing pun, bersaing secara sihat.

Kalau semua orang sama-sam berusaha untuk mentransformasikan bolasepak negeri masing-masing, insyaAllah liga Malaysia nanti bakal dikenali di dunia. Dah sampai masanya untuk kita berhenti membuang masa menunggu hasil dari FAM. Setelah 3-4 tahun nih kita mencanangkan sana sini supaya presiden FAM resign, FAM berubah... tapi tak ubah-ubah. Baik kita sama2 buat sendiri naikkan pasukan negeri dan kelab masing-masing. Lantak lah FAM tuh. Sampai masanya kita sendiri naikkan prestij bolasepak Malaysia, kita sama-sama create and develop pemain2 bertaraf dunia. Kalau nak tunggu FAM... lupakan je laa...

Harap2 ada ramai lagi yg berfikiran seperti TMJ dan TSHAM.
 
kalau semua gabungan negeri FA lawan FAM...bole tumbang FAM..tu la satu2nya jalan yg ada
 
bila mutu bola sepak kita dah naik dan terkenal di dunia, maka akan adalah suara2 dalam FAM berkata bahawa kamilah hero! kamilah yg menaikkan nama sukan bola sepak malaysia..hakikatnya diorg goyang telur masing2 je.:eek::eek:
 
aku sangkal la tt ni
mana ada penyokong bergaduh? aku pernah tgok penyokong selangor bergaduh dgn penyokong kelantan di stadium shah alam
tap antara penyokong jdt dan kelantan takde lg gaduh
 
aku sangkal la tt ni
mana ada penyokong bergaduh? aku pernah tgok penyokong selangor bergaduh dgn penyokong kelantan di stadium shah alam
tap antara penyokong jdt dan kelantan takde lg gaduh

Mcm mn nk gaduh.. lgpn kat johor ni ramai org kelantan.. mak bapak sokong TRW yg anak sokong JDT.. aku suka situasi ni..
 
Back
Top
Log in Register