BTC USD 83,924.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketahui 3 Jenis Sabar Yang Perlu Anda Tahu

syokbah.com

Fun Poster
Messages
666
Joined
Nov 15, 2013
Messages
666
Reaction score
0
Points
15
Ketahui-3-Jenis-Sabar-Yang-Perlu-Anda-Tahu-1000x666.jpg


Ketahui 3 Jenis Sabar Yang Perlu Anda Tahu | Teringat lagi kisah lalu semasa baru balik menghantar orang tersayang di HKL dan dia terpaksa ditahan wad. Memang tak dijangka tetapi terpaksa balik rumah pada pukul 2 pagi untuk mengambil barang-barang dan bersiap untuk hari esok.

Oleh kerana ada perasaan sedikit gerun maka saya pun buka Radio IKIM semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Terdengarlah seorang ustaz ini berceramah berkenaan sabar. Memang kena dengan keadaan saya pada ketika itu. Katanya sabar itu ada 3 jenis:

PERTAMA:
Sabar dengan musibah dan ujian. Sabar jenis ini memang biasa dengan kita. Kita kadang-kadang ada masalah dengan seseorang. Jalan sesak yang mambuat kita marah dan seribu satu macam keadaan lagi keadaan.

KEDUA:
Sabar daripada melakukan dosa dan maksiat. Ini saya baru tahu, rupanya menahan diri secara konsisten daripada melakukan maksiat seperti tengok wanita seksi, mencuri, mengata dan mengumpat juga termasuk dalam jenis sabar.

KETIGA:
Sabar dalam melakukan kebaikan dan ibadah. Konsisten kita membuat kebaikan seperti sedekah, tidak tinggal solat dan menolong mereka yang dalam kesusahan itu agak sukar. Kadang-kadang ada masa kita malas buat baik, malas sedekah, malas solat.

Kalau kita dapat kuasai ketiga-tiga jenis sabar ini maka kita sedang menuju untuk menjadi insan yang betul-betul soleh. Sebab itu orang soleh ini kita lihat tenang sahaja hidup dia sebab mereka menguasai ketiga-tiga jenis sabar ini.
 
Last edited:
thanks tt....radio ikim ni memang bagus biasa dengar jam 1 pagi kenkdang mj12:):D
 
kelemahan aku no 2 tu yg xleh handle...tapi aku akan cuba istiqamah lagi...in shaa Allah...doakan ye
 
kalau bg ranking mmg yg no 2 tu kalah teruk aku kt situ:((
 
hmmm.. saya takde sabar no 2 tu. ehehehehe.. malunya pd Allah. adehhh.. :">
 
sabar sabar subur
tak sabar masuk kubur

sekian.
 
aku kalah dgn no 1, no 2 ngan no 3....adeh....
 
no 2 diakui mmg teruk terkono kt den :D
 
hmmm.. saya takde sabar no 2 tu. ehehehehe.. malunya pd Allah. adehhh.. :">

same la bro.. tpaksa akui.. especially MATA aku ni.. haishhh.. pantang gebu² sikit.. ~X(
 
Back
Top
Log in Register