BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesal tindakan Jakarta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Ambulans membawa mayat banduan yang ditembak mati awal pagi semalam dikawal ketat ketika ia keluar meninggalkan kawasan penjara di Nusakambangan.
< 1 / 1 >
JAKARTA - INDONESIA . Kesatuan Eropah (EU) kesal dengan tindakan pelaksanaan hukuman mati ke atas enam banduan atas kesalahan mengedar dadah di Indonesia.

Empat lelaki warga Brazil, Malawi, Nigeria dan Belanda serta wanita Indonesia itu ditembak mati secara serentak awal pagi semalam, beberapa kilometer dari penjara berciri keselamatan tinggi di Pulau Nusakambangan.

Seorang lagi wanita warga Vietnam melaksanakan hukuman itu di Boyolali.

Mayat mereka kemudian dibawa keluar dari pulau berkenaan oleh ambulans awal pagi semalam sama ada untuk dituntut ahli keluarga atau kedutaan negara masing-masing.

"Pelaksanaan hukuman mati itu amat dikesali. Ini adalah kali kedua ia (hukuman mati) dilaksanakan sejak November 2013," kata Ketua Hal Ehwal Luar EU, Federica Mogherini, semalam.

Enam banduan terbabit adalah Ang Kim Soei (Belanda), Daniel Enemuo (Nigeria), Namaona Denis (Nigeria), Marco Archer Cardoso Moreira (Brazil), Rani Andriani alias Melisa Aprilia (Indonesia) dan Tran Thi Bich Hanh (Vietnam).

Mogherini berkata, EU menentang hukuman mati dalam semua kes dan secara konsisten menyeru pemansuhan universal.

“Hukuman mati ialah hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan serta menafikan hak dan maruah kemanusiaan.

"EU menyeru pihak berkuasa Indonesia untuk menghentikan semua hukuman mati yang belum selesai dan menimbang untuk membekukan pelaksanaan hukuman mati sebagai langkah pertama ke arah penghapusan muktamad," katanya.

Presiden Joko Widodo pada Disember lalu menolak rayuan terakhir pesalah terbabit. - Jakarta Post
 
aik EU pun xsuka death sentence ke..
ingatkan australia je..
 
Tapi dorg mengedar dadah yang boleh menyebabkan org ramai lain mati
 
Patut kesalahan RASUAH pun bg hukuman mati,itu lebih teruk drpd mengedar dadah...
 
dah tahu mengedar dadah hukuman mati,jgn la buat.bnyk lagi cara lain utk jadi senang
 
wahh..kalo isu palestin xde plak depa kata isu kejam..puiii
 
kalo ahli keluarge diorang sendiri yg terjebak najis dadah baru diorang rase hukuman tu setimpal kot
 
Back
Top
Log in Register