BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes UTC Pudu Sentral: Polis Rakam Percakapan Pegawai JIM, Seorang Wanita

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes UTC Pudu Sentral: Polis Rakam Percakapan Pegawai JIM, Seorang Wanita​

7f32548905c2e0cccf899520fc91da3a60ea9d9e093c9


Polis merakam keterangan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes hantaran tular mengenai pengalaman ketika berurusan di Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata percakapan pegawai JIM dirakam pada Ahad lepas, manakala percakapan wanita terbabit diambil pada Isnin.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu juga masih dalam siasatan polis, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan masing-masing kerana kesalahan mencuri dan sengaja mengaibkan atau menghina seseorang dengan niat membangkitkan kemarahan.

Kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 berkaitan penggunaan perkataan atau perlakuan yang kurang sopan, mengugut, mengaibkan atau menghina, katanya.

Semalam media melaporkan JIM membuat laporan polis selepas semakan mendapati beberapa dakwaan dalam hantaran tular mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen UTC Pudu Sentral tidak selaras dengan rakaman CCTV, rekod berkaitan dan keterangan pegawai bertugas ketika kejadian berlaku baru-baru ini.

Sabtu lepas, seorang pengguna media sosial di platform Threads mendakwa seorang pegawai JIM di UTC Pudu Sentral menuduhnya mencuri sarung pasport selepas selesai urusan membuat dokumen tersebut di kaunter jabatan itu pada Jumaat.

Individu terbabit turut dipercayai mendakwa menerima layanan tidak wajar selepas dipercayai terambil sarung pasport itu, dengan alasan tidak mengetahui sarung pasport perlu dibayar kerana pertama kali membuat dokumen tersebut.

 
Back
Top
Log in Register