BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Kes seks bebas remaja Muslim membimbangkan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Kes seks bebas remaja Muslim membimbangkan

Foto hiasan.
Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini mengeluarkan laporan 'Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS): Tinjauan Kesihatan Remaja 2022'.

Tinjauan dilakukan pada 12 Jun hingga 8 Julai 2022 itu bertujuan menilai tingkah laku membahayakan kesihatan dan faktor menghalangnya dalam kalangan pelajar di Malaysia, sebagai proksi status kesihatan remaja di negara ini.

Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 ini merangkumi perkara berikut iaitu penggunaan alkohol, berat badan berlebihan/obes, pengambilan dadah, amalan kebersihan mulut, bunuh diri, sokongan ibu bapa dan rakan sebaya, aktiviti seksual, amalan merokok, keganasan, buli dan buli siber.

Banyak perkara boleh dituliskan mengenai laporan ini, namun tumpuan diberikan kepada aktiviti seksual dalam kalangan remaja yang pasti melahirkan rasa ingin tahu dalam kalangan kebanyakan ibu bapa di negara ini, khususnya ibu bapa Muslim.

Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 ini, berikut adalah statistik mengenai remaja dan aktiviti seksual:

154,646 remaja dilaporkan pernah melakukan hubungan seks
11 peratus mempunyai lebih daripada seorang pasangan
33 peratus mula melakukan hubungan seks sebelum berusia 14 tahun
75 peratus melaporkan ada melakukan hubungan seks 'baru-baru' ini
88 peratus melakukan seks tidak menggunakan kondom
88 peratus tidak menggunakan apa-apa kaedah perancang keluarga
Aktiviti seksual seumpama ini tentu sahaja memberi kesan negatif kepada remaja terbabit. Sebagai contoh, memiliki lebih daripada seorang pasangan mungkin mendedahkan mereka kepada penyakit kelamin.

Tidak menggunakan kondom atau apa-apa kaedah perancang keluarga akan mendedahkan remaja perempuan kepada kehamilan tidak dirancang. Itu tidak termasuk kesan negatif dosa tercatat sekiranya mereka adalah remaja Muslim.

Ada berpendapat satu daripada cara untuk menangani isu ini adalah dengan memberikan pendidikan seksual kepada anak remaja.

Selain mengenalkan mereka dengan anggota tubuh mereka dan menghormatinya sebagai suatu amanah Tuhan, pendidikan seks juga mengajarkan mengenai seks selamat (seperti penggunaan kondom dan kaedah perancang keluarga lain) bagi mengelakkan risiko seperti penyakit kelamin dan kehamilan tidak dirancang, seterusnya menjejaskan masa depan mereka, khususnya remaja perempuan.

8 perkara jaga kehormatan

Dari perspektif Islam, pendidikan mengenai seks yang selamat kepada remaja bukan jalan penyelesaiannya. Sebaliknya, jalan tepat adalah mendidik mereka menjauhi zina dan menahan diri daripada melakukan hubungan seks sehingga berkahwin.

Ini sejajar firman Allah SWT bermaksud: "Dan orang tidak sanggup berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya, sehingga Allah memberi kekayaan dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur: 33).

Menjaga kehormatan ini dapat dilaksanakan dengan melakukan perkara berikut:

Berpuasa sunat
Menjauhkan diri daripada perkara boleh menimbulkan nafsu berahi
Mengisi masa lapang dengan perkara bermanfaat
Berkawan dengan teman soleh
Melengkapi diri dengan pelajaran baik
Memiliki rasa takut kepada Allah
Memelihara mata dari perkara haram
Menguatkan pengaruh agama dalam diri
Dalam kata lain, remaja perlu dinasihatkan dengan kata seumpama ini, "Wahai remaja! Jauhilah zina kerana ia ditegah agama. Tahanlah dirimu daripada melakukan hubungan seks sehingga kamu berkahwin nanti. Sementara itu, tahan nafsumu dengan lapan perkara disenaraikan di atas.

Persoalannya ialah, siapakah perlu menyampaikan perkara ini kepada remaja. Ibu bapa adalah penyampai terbaik kerana mereka ejen sosialisasi paling hampir dengan remaja.

Selain itu, ia juga tanggungjawab ibu bapa untuk memelihara diri dan ahli keluarga daripada azab neraka seperti dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "…memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari neraka…" (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Alasan gagal kawal nafsu

Namun, pasti ada berpendapat remaja terbabit dengan aktiviti seksual bukan kerana mereka tidak tahu hukum agama, sebaliknya melakukannya kerana gagal mengawal nafsu.

Mungkin ada betulnya pandangan ini. Ramai remaja malah, orang dewasa terbabit dengan hubungan seks luar nikah walaupun mereka tahu perkara itu dilarang agama. Itulah sebabnya dalam Islam, pendidikan pada anak bersifat menyeluruh dan bertahap mengikut usia mereka.

Sebelum diajar menjauhi zina (pendidikan seks), anak perlu diajar dengan pendidikan keimanan iaitu diberi kefahaman mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam, pendidikan moral membabitkan prinsip akhlak dan budi luhur.

Ia termasuk pendidikan jasmani bagi menjelaskan mengenai tubuh badan dan kesihatan, pendidikan mental, pendidikan rohani (keperibadian dan sahsiah) dan pendidikan sosial (adab sosial dan nilai murni).

Berdasarkan enam aspek pendidikan tadi, barulah lebih mudah remaja menjauhi zina kerana mereka faham sebab perlu menjauhinya, bukan kerana takutkan penyakit kelamin atau kehamilan luar nikah, tetapi takut melanggar perintah Allah SWT.

Di Malaysia belum ada mata pelajaran pendidikan seks, namun unsur penting dalam pendidikan seks diajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Sains Tambahan dan Biologi.

Sekiranya Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan pendidikan seks sebagai satu mata pelajaran, maka sukatan mata pelajaran itu perlu menggunakan acuan tempatan supaya ia lebih mudah diterima semua pihak.

Penulis adalah Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
 
Lapuran ni bagi saya SANGAT2 MEMBIMBANGKAN

TAPI

Saya sangat sangat sangat tak bersetuju pihak IKIM khususnya Pn Hj Fatimah (Penulis) membuat lapuran terbuka dalam BH macam gini...dan memberikan info terbuka tentang kepincangan Masyarakat/anak muda kita secara terbuka..

Adakah diorg ni dah fikir apa implikasi akibat pada Masyarakat umum?

IKIM sepatutnya buat sesuatu utk kebaikan Islam...Bukan sebaliknya!

Bagi saya..KEJAHATAN BUKAN UNTUK DI WAR WARKAN!

Cuba fikir...satu "Perbuatan" sex bebas bagi remaja...munkin akan menggerunkan bilamana remaja terbabit tak tau..dan berfikir kesalahan dia munkin dia dlm kelompok yg sikit sja..

Tapi dgn pendedahan mcm ni...Remaja terbabit akan tau...jumlah yg serupa dia ada lebih 154 646..(yg pastinya hanya tip of an iceberg ...kita faham..bila sampling dibuat...ini pastinya hanya kelompok kecil drp jumlah sebenar!

so..apa pihak IKIM..Hj Fatimah..atau BH fikir nak dapat drp artikel sebegini!?

Saya fikir..Kajian sebegini patut dibentang HANYA KEPADA pihak2 yg boleh mengambil tindakan!
patut diletak dalam file sulit
dan dibincangkan secara serius oleh pihak2 yg boleh bertindak secara lansung
boleh bagi lapuran dlm mesyurat khas pada MUfti2...pada pihak pensyarah2 U...Menteri2...juga lapuran pada PMX


Tapi ..keaiban yg begini besar..di publish dlm BH

bayangkan anak2 muda kita pun akan membacanya..dan munkinakan senyum dan kata..."apa lagi....jom! "

saya memang menetang penyebaran keaiban semcm ni..

Ni bukan keikhlasan utk menangani krisis

tapi sengaja nak apa ya????...saya pun tak boleh brain...APA PIHAK IKIM NAK DENGAN MENYEBARKAN KEAIBAN ANAK MUDA ISALM SEMACAM INI?????
 
Tak apa, masih terkawal lagi.
Yang penting tak boleh sentuh anjing, makan kinzir.
 
Biasanya seks ni lepas balik konsert. Apa apa konsert la coldpelir ke, muse ke.

Biasanya yg xde dara ni free hair
Tak leh cakap jugak. Ramai je yang bertudung.. budak2 berzina tak kira tempat dan waktu, asal ada peluang rumah kosong. Hati2lah ye. Moga Allah lindungi keluarga kita
 
Ini semua salah lagu org Melayu .




Saya belum dengar lagi lagu Pelukan Angkasa tu. Tapi kalau nak cerita pasal keburukan dalam lirik lagu Melayu ni banyak je. Misalnya lagu Redline Shizuka, fasal kekasih datang bulan. Gemuruh Wings dan Search, pasal berzina sampai dapat anak. Laila’s Lounge punya Mawar Khayalan, boleh jadi pasal ganja. Ada lagi, Bintang Biru Kristal Salju (Pitahati), Tangis Darah (XPDC), Bercanda di Pinggiran Pantai (Anita Sarawak duet Sudirman) dan banyak lagi yang kalau kita dengar betul betul liriknya boleh mendatangkan maksud yang tak elok. Tapi rata rata pendegar bukan kisah pun lagu tu nak cerita pasal apa. Asalkan lagu tu sedap didengar sambil sambil tunggu lampu merah.

Tapi kalau kita kaji dengan mendalam, lirik lagu yang agak dalam ini bukan berputar dalam lagu lagu rock dan lagu orang besar saja. Malah, ada juga lagu kanak kanak yang jika amati betul betul, mempunyai makna yang tersirat. Sebagai contoh ada satu lagu kanak kanak yang saya rasa macam tak sesuai liriknya. Iaitu lagu “Kereta Kecil Warna Merah.”

Mari kita perhatikan lirik lagu ini rangkap demi rangkap.

“Bapa ku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah.”

Dalam rangkap ini tada masalah. Menceritakan kisah seorang ayah yang mungkin kaya dan mampu beli kereta. Kereta dalam rangkap ini dikatakan kecil dan boleh dibawa ke sekolah. Sangkaan kita semua kereta ini mungkin kereta control atau kereta dash yang boleh bawak masuk beg sekolah dan main dengan kawan kawan.

Walaupun bawak mainan ke sekolah itu mungkin satu budaya yang kurang bagus kerana boleh mengganggu fokus belajar dan boleh buat anak murid yang B40 jadi dengki, bagi saya itu bukan satu masalah besar sangat.

Tapi cuba perhati dalam rangkap kedua.

“Pom pom pom pom,
Kereta kecil ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.”

Mula mula kita ingatkan kereta kecil tu macam kereta control, tapi bila dia sebut ‘mari naik’, itu melambangkan kereta tersebut besar dan boleh dipandu. Boleh jadi kereta kecil yang dimaksudkan ialah kereta Perodua Kancil.

Hal ini sangat serius. Lagu ini telah mengajar anak anak kecil untuk melanggar undang undang. Padahal semua kita tahu, budak sekolah mana ada lesen kereta? Jadi sedikit sebanyak lagu ini memberi pengaruh yang tidak sihat. Kalau eksiden? Siapa nak jawab?

Apatah lagi bila dia cakap mari adik mari naik. Banyak lagu Melayu apabila menggunakan perktaan ‘adik’ ditafsirkan sebagai perempuan. Contohnya lagu Senario, Zapin Usik Mengusik yang mebahasakan diri ‘adik’ itu kepada seorang gadis. Bawak kereta pergi sekolah tu dah satu hal, ajak makwe naik kereta pulak lagi barah. Menjurus kepada masalah sosial lain pula.

Baris terakhir lagu ini lagi bahaya. Kenapa nak bawa jumpa nenek? Kenapa tak bawa jumpa mak ayah dah kalau gatal sangat?

‘Nenek’ kat sini bukan bermaksud nenek yang dalam salasilah atau carta organisasi keluarga tu. Tapi nenek di sini ialah satu simbolik kepada hutan. Orang zaman dulu kalau masuk hutan, mesti cakap, “Nenek nenek, cucu tumpang lalu.” Dalam lagu ini, sebenarnya bukan nak bawa adik tu pergi kampung jumpa nenek. Tapi lebih kepada nak bawa makwe naik kereta lepas tu masuk hutan. Jadi buat apa dalam hutan berdua-duaan? Boleh sendiri fikir. Takkan masuk hutan sebab nak buat jerat pelanduk kot. Kan?

Nampak tak pengaruh lagu ini kepada anak anak? Bukankah bahaya? Lagi bahaya jika lagu ini juga diajar di sekolah sekolah.

Saya berharap dengan pendedahan ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh ambik maklum dan membuat pemantauan terhadap lagu ini. Kalau masalah beg berat, pandai sangat mengkaji dan berbincang. Tapi kalau masalah akhlak ‘berat’, KPM tak nak bincang ke?

Fikir fikirkan.

Sekian.
 
Back
Top
Log in Register