combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,183
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,183
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kes Pemecatan: Bekas Pengarah Seacera Gagal Dapat Kebenaran Merayu
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas eksekutif Seacera, Ismail Othman, untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes pembuangan kerja secara konstruktif terhadapnya.
Permohonan Ismail ditolak oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Azimah Omar.
Mahkamah turut memerintahkan Ismail membayar kos RM50,000 kepada Seacera Properties Sdn Bhd.
Keputusan itu bermakna penghakiman Mahkamah Rayuan pada 9 Feb lepas yang mengetepikan keputusan Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini memihak kepada Ismail kekal berkuat kuasa.
Dalam penghakimannya, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Seacera Properties dengan memutuskan bahawa syarikat induk Seacera Group Berhad (SGB) yang melantik Ismail mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab serta menamatkan perkhidmatannya.
Ismail menyertai SGB pada 2005 sebelum ditempatkan di anak syarikatnya, Seacera Properties, pada 2014 sebagai pengarah projek dan penasihat.
Pada Mac 2019, beliau menandatangani kontrak pekerjaan bagi tempoh tertentu dengan Seacera Properties.
Pada September tahun yang sama, Ismail menerima surat tunjuk sebab dan digantung tugas susulan dakwaan salah laku.
Bagaimanapun, Ismail memaklumkan bahawa SGB bukan majikannya dan atas alasan itu beliau tidak mempunyai kewajipan untuk menjawab surat berkenaan.