Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kes Memandu Melulu Meningkat Hampir 50 Peratus Dalam Tempoh Enam Bulan
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali.
Kes memandu secara melulu dan membahayakan merekodkan peningkatan hampir 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Peningkatan itu menunjukkan trend pemanduan agresif yang semakin membimbangkan serta berpotensi mencetuskan insiden buli jalan raya atau 'road rage’.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata sebanyak 1,278 kertas siasatan dibuka bagi tempoh 1 Jan hingga 28 Jun tahun ini berbanding 852 dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 426 kes.
Beliau berkata Johor merekodkan jumlah kertas siasatan tertinggi tahun ini dengan 354 kes, diikuti Kuala Lumpur (230), Selangor (200), Negeri Sembilan (119), Kelantan (84), Perak (60), Terengganu (49), Sarawak (44), Melaka (37), Kedah (33), Pulau Pinang (27), Pahang (24), Sabah (15) dan Perlis (dua).
“Berbanding tempoh sama tahun lepas, Johor turut mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 175 kes, diikuti Selangor (+117), Kuala Lumpur (+74), Negeri Sembilan (+56), Terengganu (+26), Perak (+20), Sarawak (+11), Kedah (+8) dan Pahang (+3), manakala Kelantan kekal dengan 84 kes.
“Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan Melaka pula merekodkan penurunan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Muhammed Hasbullah berkata antara faktor utama yang dikenal pasti mencetuskan insiden buli jalan raya ialah kegagalan mematuhi peraturan serta isyarat lalu lintas, selain pemanduan agresif dan tidak bertimbang rasa seperti memotong secara berbahaya, mencelah, mengekor rapat (tailgating) dan tidak memberi laluan.
“Selain itu, provokasi antara pengguna jalan raya melalui penggunaan hon secara berlebihan, isyarat tangan, pertikaman lidah, sikap tidak sabar serta kurangnya budaya bertolak ansur di jalan raya turut menjadi punca,” katanya.
Mengulas dakwaan di media sosial mengenai segelintir pemandu menggunakan vape mengandungi dadah ketika memandu sebagai faktor penyumbang kepada insiden buli jalan raya, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui wujud trend penyalahgunaan vape yang dicampur bahan psikoaktif atau dadah sintetik.