JENIS PENDAFTARAN
Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang
boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
i. Tuntutan
ii. Permohonan
• TUNTUTAN – Ialah tiap-tiap tindakan
atau prosiding kes MAL yang dimulakan
dengan saman beserta penyata tuntutan.
• PERMOHONAN – Ialah tiap-tiap tinda
kan atau prosiding kes MAL yang dimu
lakan dengan notis permohonan beserta
affidavit sokongan.
Kes-kes yang berikut hendaklah dimulakan
tindakan atau prosidingnya dengan notis permohonan
beserta affidavit sokongan iaitu:
- Keizinan untuk melangsungkan
perkahwinan seseorang belum dewasa.
- Perlantikan wali am (Tiada Wali nasab, Wali
Engkar)
- Perintah bagi pendaftaran perkahwinan
yang dilangsungkan berlawanan dengan
undang-undang.
- Anggapan kematian.
- Perlantikan penjaga harta seseorang orang
belum dewasa.
- Perintah bagi penjagaan bersama harta
seseorang orang belum dewasa.
- Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga
harta seseorang yang belum dewasa.
- Perintah bagi pemecatan penjaga harta
seseorang orang belum dewasa.
SENARAI KES YANG BOLEH DIMULAKAN
DENGAN PERMOHONAN DI DALAM
AKTA/ENAKMEN ORDINAN UNDANGUNDANG
KELUARGA ISLAM NEGERI
- Kebenaran bagi perlupusan harta
seseorang orang belum dewasa.
- Kebenaran untuk menyara seseorang
orang belum dewasa daripada
pendapatan hartanya.
- Perintah bagi penggunaan harta
modal untuk menyara seseorang
orang belum dewasa.
- Perintah larangan yang berhubungan
dengan harta seseorang orang belum
dewasa.
- Injunksi yang menghalang anak dibawa
keluar dari Malaysia.
- Perintah untuk mengenepikan dan
injunksi yang menghalang, perlupusan
harta untuk mengecewakan tuntutan
nafkah .
- Injunksi terhadap perkosaan oleh
suami atau isteri atau bekas suami
atau bekas isteri.
- Pengiktirafan perkahwinan yang
diijabkabulkan di luar negeri.
- Pengesahan pengakuterimaan pate
rnity oleh perempuan dalam eddah
(pembahagian harta pusaka)
SENARAI KES YANG BOLEH
DIMULAKAN DENGAN SAMAN
Semua jenis kes selain daripada
disenaraikan di atas, tindakan atau prosidingnya
hendaklah dimulakan dengan saman beserta
penyata tuntutan kecuali dinyatakan sebaliknya
oleh undang-undang. Antaranya ialah :
- Tuntutan Penceraian
- Tuntutan Cerai Takliq
- Tuntutan Gantirugi Pertunangan
- Tuntutan Fasakh
- Tuntutan Muta`ah
- Tuntutan Harta Sepencarian
- Tuntutan Nafkah Isteri
- Tuntutan Nafkan Kepada Pihak Tak Upaya
- Tuntutan Cagaran Nafkah
- Tuntutan Nafkah Eddah
- Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
- Tuntutan Tunggakan Nafkah
- Tuntutan Nafkah Anak
- Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak
- Tuntutan Hadhanah
- Tuntutan Ganishmen/Hiwalah
- Tuntutan Penghutang Penghakiman
PROSEDUR PENDAFTARAN
i. Setiap pendaftaran kes hendaklah diserah
kan sendiri oleh pemohan atau wakilnya
kepada Ketua Pendaftar atau Pendaftar
atau Penolong Pendaftar.
ii. Tiap-tiap dokumen pendaftaran kes henda
klah dikemukan dalam 4 salinan.
iii. Pendaftaran kes permahonan hendaklah disertakan :
a) Notis permohonan.
b) Afidavit sokongan.
c) Eksibit-eksibit (jika berkaitan, contahnya
salinan sijil nikah, sijil lahir dan lai-lain)
d) Fi secukupnya.
e) Wakalah Peguam Syarie bagi yang yang
menggunakan khidmat Peguam Syarie.
f ) Surat rujukan daripada Pendaftar Nikah
Daerah kepada Hakim Syarie bagi permo
honan wali am, perkahwinan bawah umur
dan pengesahan janda berhias.
iv. Pendaftaran kes tuntutan hendaklah
disertakan :
a) Saman.
b) Penyata Tuntutan.
c) Ikatan Dokumen (jika berkaitan)
d) Wang Pendaftaran secukpnya.
e) Wakalah Peguam Syarie bagi yang meng
gunakan khidmat Peguam Syarie.
v. Pendaftaran yang lengkap dan mengikut
undang-undang sahaja yang akan
diterima.