BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Strategik Malaysia-China Stabilkan Bekalan Peranti Perubatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
7f15370a637c10d0120ad16327a9a78666114e87e46b4


Kedudukan bekalan peranti perubatan di dalam negara kekal stabil dan terkawal meskipun berdepan impak krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi pada pasaran tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pemantauan rapi serta langkah mitigasi berterusan telah dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan sistem kesihatan negara tidak terjejas.

Sebagai langkah proaktif, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memuktamadkan persetujuan strategik bersama pihak berkuasa China bagi meningkatkan pembekalan bahan mentah resin dan nafta untuk kegunaan industri tempatan.

"Inisiatif ini bertujuan menstabilkan rantaian bekalan serta memastikan kelangsungan pengeluaran peranti perubatan kritikal di Malaysia. Bekalan tambahan tersebut akan berfungsi sebagai pemangkin utama dalam menampung kekurangan bahan mentah semasa," menurut kenyataan itu.

Persetujuan tersebut dicapai hasil perbincangan strategik yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA merangkap Pengerusi Global Harmonization Working Party (GHWP) bersama Pengarah Pentadbiran Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Shanghai) dan Timbalan Datuk Bandar Pudong New Area.

“Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada kerajaan China atas komitmen padu dalam menyokong kestabilan rantaian bekalan bahan mentah industri peranti perubatan serantau,” menurut kenyataan itu.

KKM akan terus memantau situasi itu secara rapi bagi memastikan pengedaran bekalan dilaksanakan secara cekap, berhemat dan berasaskan keperluan klinikal demi kesejahteraan rakyat.

 
Back
Top
Log in Register