TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
LANGKAWI 19 Dis. - Malaysia dan Australia akan meluaskan kerjasama dalam bidang keselamatan dan isu sempadan, terutama dalam memerangi kegiatan pemerdagangan manusia dan jenayah berat te*rancang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kedua-dua negara kini mempunyai hubungan dan kerjasama erat, tetapi Malaysia dan Australia boleh bekerjasama dalam lebih banyak bidang untuk manfaat kedua-dua pihak.
Katanya, beliau telah berbincang tentang beberapa isu dengan Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Scott Morrison, terutama mengenai jenayah rentas sempadan.
“Kami berbincang bagaimana Sistem Tapisan Awal Penumpang (APSS) Malaysia dan penubuhan Sistem Amaran Pergerakan Serantau (RMAS) boleh
“Kami juga berbincang tentang bidang baharu yang boleh kami adakan kerjasama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid dan Morrison menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bagi pihak kerajaan masing-masing mengenai usaha memerangi jenayah rentas sempadan.
Ahmad Zahid berkata, kedua-dua negara ingin memberi penjelasan tentang program pertukaran mereka, bukan sahaja kepada para pegawai atasan, tetapi juga pegawai peringkat pertengahan, yang perlu diberi pendedahan mengenainya.
Katanya, bagi pelan jangka panjang, selain APSS dan RMAS, semua perkara di bawah tanggungjawab Morrison akan disokong Kementerian Dalam Negeri, manakala bagi sesuatu perkara yang diperlukan kementerian itu (Dalam Negeri) pula, Australia akan memberi sokongan penuh iaitu dari segi perkongsian pengetahuan dan pengalaman, selain pertukaran pegawai.
“Saya ingin memberi penghargaan terhadap kerjasama baik antara polis Malaysia dan polis Australia serta pegawai imigresen. Mereka gembira dengan kerjasama yang dijalin itu.
“Apa yang penting bagi kami, kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia, ialah menterjemahkannya (MoU) ke dalam bentuk tindakan. Butiran terperinci mengenainya akan dibincang pada mesyuarat jawatankuasa kerja kami tahun depan,” katanya. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...tralia-diperluas-1.38756#sthash.cvbdwB8t.dpuf