BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,134.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerja Perkapalan @ Maritim

Kalau kau masuk ALAM MISC akan tanggung semua. Tapi kau kena sign bond dgn MISC utk belayar atas kapal dia selama 10 tahun. Kalau kau nk cabut kau kena bayar banyak giler la. Masuk ALAM utk grad amik masa 3 tahun (Diploma). Ni utk Officer la. Utk rating aku rasa setahun jer. Ada position utk graduate universiti jugak iaitu Admin Officer (AO) dan Electrical Engineer. Dua2 position ni pegi ALAM utk training selama 6 bulan, lepas tu boleh belayar dah. Tapi AO dan Electrical Engineer ni takde COC, kira ranking pegawai rendah sikit la dan takleh naik pangkat sampai Captain atau Chief Engineer.

uik, tp umo aku da 23.. ALAM limit 23thn je tuk amik nautical studies n marine engneering. lg pn aku da ader dip. mechanical eng. tp dr politeknik jela.. rase cm da terlewat pn ader gk nie.. ermm :(
 
uik, tp umo aku da 23.. ALAM limit 23thn je tuk amik nautical studies n marine engneering. lg pn aku da ader dip. mechanical eng. tp dr politeknik jela.. rase cm da terlewat pn ader gk nie.. ermm :(

Kau mintak jer. Aku tau la org2 kat ALAM tu. Pelayar2 kt Malaysia ni x cukup. Itu sebab naik pangkat cepat. Mintak jer. Kalau umur terlajak setahun pun apa bezanya.
 
Kau mintak jer. Aku tau la org2 kat ALAM tu. Pelayar2 kt Malaysia ni x cukup. Itu sebab naik pangkat cepat. Mintak jer. Kalau umur terlajak setahun pun apa bezanya.

ader x kursus yg bukan tuk 3tahun? dip aku da ader. adeehh. pening2/ ~X(
 
Ok la. Aku cerita pengalaman aku. Aku dh kerja dgn MISC sejak 2005. Tapi aku bukan belayar. Aku engineer graduate universiti masuk Dry-docking Dept kat MISC. Kerja aku uruskan kapal2 MISC bila ada yg masuk dry-dock kat shipyard. Kerja aku termasuklah buat tender dan pegi shipyard utk uruskan repair kapal tu dan buat inspection bila org2 yard dah siap satu2 scope kerja tu. Biasanya kapal2 container, petroleum tanker dan chemical tanker MISC akan masuk dry-dock kat shipyard China dan kapal2 LNG akan masuk shipyard kat Singapore dan MMHE Pasir Gudang. Kalau kapal nk siap sebulan aku duduk sana sebulan.

Sekarang ni aku kat Korea, kerja buat kapal pulak. MISC banyak buat kapal baru. Dah 2 tahun lebih aku duduk sini dgn family aku. Best gak, ada elaun overseas, gaji kt Malaysia tak kacau langsung. Kalau project team kapal ni engineer terbahagi kpd 3 kepakaran. Hull, electrical dan machinery. Aku nk cerita banyak tak larat aku nk menaip kt sini.

Kekadang dulu aku penah belayar ikut kapal utk 'on-board' repair atau repair semasa belayar. Biasanya aku turun kat port di China, Korea atau Jepun dan fly balik KL.

Aku selalu campur dgn org kapal, member2 aku semua. Diorg ni memang muda2 lagi dh pegang duit banyak. Kekadang tu umur 30 dh jadi captain atau chief engineer. Gaji captain kalau campur dgn allowance >RM20,000. Yg paling best org kapal x payah bayar cukai. 100% masuk bank. Semasa belayar, makanan atas kapal MISC tanggung. Duit kau mmg tak guna (bini kau kat darat yg menhabihkan duit kau la). Kalau kau turun atau 'sign-off' utk start cuti biasanya kat port overseas MISC akan sediakan hotel utk kau dan bayar flight kau balik KLIA. Org kapal biasanya berlayar 5-6 bulan baru turun utk cuti selama 3 bulan. Ada aku dgr member aku setahun duduk atas kapal pun ada. Giler.

Nak kerja kapal ni kau kena ada COC (certificate of Competency) samada Deck atau Engine. COC ni kau boleh dpt bila kau grad kat Akademi Laut Malaysia kt Melaka tu. Yg lain2 tu x payah pergi la..itu semua mengarut. Bila kau grad ALAM, kau ada Diploma samada bidang Deck atau Engine. Kalau Deck kau punya ranking paling tinggi Captain dan kalau kau Diploma Engine kau punya ranking tertinggi Chief Engineer. Gaji CAptain dan Chief Engineer ni sama.

Tapi org yg kerja kapal ni ada 2 kategori, Pegawai dan Rating. Pegawai ni semua engineer dan deck officer. Paling rendah utk deck ialah Cadet dan utk engine ialah Junior Engineer. Rating ni adalah mereka yg bukan pegawai contohnya Cook, Steward, AB, OS, Oiler dan Greaser. Ada juga yg dipanggil Petty Officer contohnya Pumpman dan Bosun. Org Melayu mmg takkan kerja kapal lama sebab kahwin dan ada family. Biasanya pelayar2 ni banyak org Filipino dan India. Diorg ni mmg seafarer. Sampai umur 50 belayar lg. Kalau org Malaysia dan Melayu umur 35 tu dh nk pikir kerja ofis dah.

jp2.. aku nk tanye, kalo aku nk amik rating, still leh naek pangkat gk kn? pendapat ko, mne lebih elok? amik rating deck o engin? kalo nk amik officer, kene blajar 3tahun, xdapek nk nolong2 do. :D
 
jp2.. aku nk tanye, kalo aku nk amik rating, still leh naek pangkat gk kn? pendapat ko, mne lebih elok? amik rating deck o engin? kalo nk amik officer, kene blajar 3tahun, xdapek nk nolong2 do. :D

Mana boleh naik pangkat kalau rating. Contohnya tukang masak atau cook. Kau nk naik pangkat jadi apa? Ketua tukang masak? Mana ada. Kau sorang jer tukang masak atas kapal tuh. Hahaha...

Kalau kau ada diploma electrical engineering kau mintak la electrical engineer. Tak payah ambik diploma ALAM 3 tahun, diploma poly kau tu takde la membazir dlm masa yg sama.
 
Menarik nih. Keje engineer/ admin officer ni slalunya kena mintak kat mana? Kalau antar aje resume ke MISC boleh ke? Tgh berkobar ni nk keje laut. TQ
 
Mana boleh naik pangkat kalau rating. Contohnya tukang masak atau cook. Kau nk naik pangkat jadi apa? Ketua tukang masak? Mana ada. Kau sorang jer tukang masak atas kapal tuh. Hahaha...

Kalau kau ada diploma electrical engineering kau mintak la electrical engineer. Tak payah ambik diploma ALAM 3 tahun, diploma poly kau tu takde la membazir dlm masa yg sama.

alarr.. xder ke captain tukang masak? hahahha :eek:
masalahnye diploma aku dlm mechanical.. kalo electrical, aku xtanye ko da.. aku apply je electrcal engneer.

tp ko tengok pic bawah nie.. cm leh je naik pangkat kalo dr rating.

engine+career+path.jpg


deck+career+path.jpg


PANGKAT.png
 
Back
Top
Log in Register