BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerja Pasang Gantri Iklan Di NKVE Damansara–Subang Bermula Malam Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
73719f5a7bd3d7dade9d4a20a9106807695dd337d4fd6

Kredit: PLUS Malaysia

Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Damansara dan Subang di KM16.33,  bermula malam ini hingga esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja berkenaan akan melibatkan kedua-dua arah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada dari 10 malam ini hingga 5 pagi esok.

"Kami menjangkakan akan berlakunya gangguan trafik yang minimum di lokasi semasa kerja-kerja dijalankan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.

 
Back
Top
Log in Register