BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerja-kerja sulit SB

egold2u

Active+ Member
Messages
2,547
Paid Membership
Joined
Nov 18, 2006
Messages
2,547
Reaction score
77
Points
30
Kerja-kerja sulit SB PDF Cetak E-mail
Saari Sungib | [email protected]
Wed | Nov 29, 06 | 08:31:31 AM

SB adalah polis politik. Ia diwujudkan untuk melindungi serta mempertahankan kuasa politik Umno. SB-SB di peringkat bawah bermati-matian menganggap mereka bertugas untuk menjaga keselamatan negara. Sedangkan bos-bos mereka di atas adalah lantikan politik pemimpin elit Umno, khususnya PM sendiri.

Kepentingan politik Umno terdiri daripada dua bidang utama. Pertama, melindungi atau mengukuhkan kuasa politik elit dalam Umno-BN. Kedua, menutup jenayah politik elit Umno-BN.

Saya akan menghuraikan perkara kedua dahulu. Dalam siri-siri berikutnya baru saya akan huraikan perkara pertama.

Projek Mahathir

Satu jenayah politik Umno yang memangsakan rakyat dengan melibatkan penahanan ISA antara lain adalah di bawah kategori dokumen dan IC palsu.

'Projek Mahathir' adalah satu jenayah politik Umno yang memperalatkan SB di atas nama ISA. 'Projek Mahathir' bermula dengan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Megat Junid sekitar tahun 1988.

Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah tiga orang pegawai tinggi polis dari Bukit Aman, Tan Sri Ahmad Sarji selaku KSN, Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Jabatan Imigresen, Haji Sani Abdullah selaku Pengarah Pendaftaran Negeri Sabah, Ibrahim Jusoh selaku Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Hassnar Hj Ebrahim selaku Ketua Daerah Likas.

Selaku pengerusi "Projek Mahathir", Megat Junid telah mengarahkan semua yang hadir untuk membuat operasi besar-besaran membekalkan IC kepada pendatang Filipina dan Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya Sabah. Tujuannya adalah untuk menumbangkan kerajaan PBS di Sabah.

Hassnar tidak bersetuju dengan arahan tersebut. Beliau enggan menjalankan keputusan "Projek Mahathir". Akibatnya, Hassnar ditahan di bawah Seksyem 73 ISA selama dua bulan. Selepas itu Hassnar dikenakan sekatan kawasan selama dua tahun di Sandakan.

Haji Sani Abdullah sebagai Pengarah Pendaftaran Negeri Sabah juga enggan mematuhi arahan tersebut. Walau bagaimanapun beliau menghadapi nasib yang berbeza. Beliau telah dibunuh pada tahun 1995 di Johor Bahru ketika menjawat jawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Perlis.

Kerajaan menafikan pembunuhan beliau ada kaitan dengan petisyen Pilihanraya Likas di Sabah.

Pengkhianat Negara

Hassnar dalam surat terbukanya kepada Dr. Mahathir mencabar Perdana Menteri mendakwanya di mahkamah, katanya:

"Sekiranya Dato' Seri tidak bersedia melakukannya maka saya ingin membuat tuduhan di sini bahawa Dato' Seri bersama Dato' Megat Junid Megat Ayob bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Datuk Harris B Mohd Salleh bekas Ketua Menteri Sabah telah mengkhianati Rakyat Negara ini terutamanya Rakyat Negeri Sabah dengan memberikan Kad Pengenalan Biru kepada puluhan ribu rakyat asing dari Filipina dan Indonesia menjadikan mereka Rakyat Malaysia melalui proses yang tidak diredai Undang Undang"

Hassnor dalam penutup surat terbukanya sekali lagi menegaskan:

"Saya juga menyeru agar syor daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya diadakan Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan Biru kepada pendatang asing dapat diwujudkan. Biarlah Suruhanjaya Penyiasat menentukan sama ada Dato' Seri benar Wira Negara atau seorang Pengkhianat. Jika syor saya ini tidak berani Dato' Seri pertimbangkan maka wajarlah Dato' Seri bersama Dato' Seri Megat Junid Megat Ayob bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri berundur dari barisan kepimpinan Negara ini. Pengkhianat tidak layak memimpin Negara ini.

Sehubungan ini saya juga menyeru agar Dato' Seri jangan bacul menyalahgunakan ISA menangkap saya untuk menutup pengkhianatan Dato' Seri terhadap rakyat Sabah. Apa yang saya tuntut adalah keadilan. Sekiranya ISA diperlukan, Dato' Seri bersama Dato' Seri Megat Junid Megat Ayob dan Datuk Harris Mohd Salleh lah petualang Negara yang wajar ditangkap dan disiasat terlebih dahulu"

IC palsu untuk pendatang mengundi BN

Daripada kisah 'Projek Mahathir' yang menjadi bahan perbicaraan di mahkamah dalam petisyen pilihanraya Likas, nyata bahawa Mahathir telah menggunakan ISA untuk menutup jenayah politiknya.

Sebenarnya kes ISA disebabkan IC palsu ini saya dapat banyak ceritanya daripada SB-SB yang menyoal-siasat saya sebelum lagi saya dikenakan perintah tahanan ke Kem Kamunting. Gambaran yang diberikan oleh ketua pegawai penyiasat, ASP Mohd Arif Ariffin kepada saya adalah begini.

"Semua sama... macam IC betul.. original.. kertas betul..dakwat.. warna betul.. plastik betul..nombor IC pun betul..nombor bukan tipu punya..memang nombor itu didaftar..dalam daftar..bukan nombor palsu... ah ah tahu kenapa palsu?"

Maklumat ini adalah tentang seorang Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang ditahan di bawah ISA. Binnya sama dengan bin saya. Nama pegawai tersebut adalah Nasir bin Sungib. Diberitahu kepada saya beliau berasal dari Johor tetapi telah menetap dan bekerja di Sabah.

Kata seorang SB kepada saya.

"Oh ribu ribu IC dia buat... sana ramai Indon..Filipina"

Beliau ditahan kerana tuduhan memalsu IC. Tetapi semua bahan yang digunakan untuk membuat IC palsu, iaitu kertas, dakwat, plastik, nombor pendaftaran dan bahkan mesin untuk membuat IC itu semuanya adalah original.

IC palsu bukanlah sebenarnya palsu. IC palsu sebenarnya original! Cuma arahan membuat IC tadi yang palsu. Siapa yang memberi arahan? Kenapa pula orang yang menjalankan arahan seperti Nasir bin Sungib, Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara tadi ditahan di bawah ISA?

Teringat saya kisah yang hampir sama yang saya dapati terus daripada mulut seorang presiden NGO Islam terkemuka di negara ini. Saya mendapat maklumat ini dalam satu pertemuan selepas kami dibebaskan daripada penahanan ISA Ops Dalil 1998.

Menurut presiden NGO ini sekumpulan tujuh atau lapan pegawai Imigresen yang baru bebas daripada tahanan Kem Kamunting pergi bertemu dengan beliau. Mereka mengadu nasib mereka dizalimi ISA. Mereka adalah pegawai yang bekerja penuh dedikasi terhadap tugas. Tidak pernah cuai dan sentiasa mengikut arahan dan peraturan. Taat setia mereka kepada negara, pegawai-pegawai atasan dan para menteri dan timbalan menteri tidak berbelah bagi.

Pada satu pagi bila mereka sampai ke pejabat, mereka dapati sebilangan lelaki sudah berada dalam pejabat mereka. Lelaki-lelaki itu masing-masing memegang dokumen yang dikeluarkan daripada laci meja pegawai-pegawai Imigresen tadi. Pegawai-pegawai Imigresen itu tidak tahu menahu tentang dokumen-dokumen tersebut. Dokumen-dokumen itu tidak pernah pun mereka lihat. Rupa-rupanya, lelaki-lelaki tadi adalah SB.

Tutup kes isteri Timbalan Menteri

Pegawai-pegawai Imegresen itu terus diberkas dan dituduh terlibat memalsukan permit kerja. Tanpa peluang sedikit pun untuk membela diri, kesemua tujuh atau lapan pegawai Imigresen tadi ditahan di bawah ISA dan disumbatkan ke Kem Kamunting selama dua tahun.

Perkara tersebut betul-betul kes naya! Peristiwa tersebut timbul setelah media menggembar-gemburkan berita tentang kemasukan pekerja Indonesia secara terlalu berlebihan. Kemasukan mereka sah kerana memiliki permit kerja yang sah.

Menurut mangsa-mangsa ISA tadi mereka tidak melakukan kesalahan memalsukan mana-mana dokumen bagi permit kerja. Kegiatan membawa masuk beramai-ramai pekerja Indonesia demi mengaut keuntungan sebenarnya dilakukan oleh ahli-ahli politik terutama seorang isteri kepada seorang timbalan menteri pada masa itu.

Menurut mereka nampak sangat demi menutup kesalahan isteri si Timbalan Menteri ini, maka mereka terpaksa menjadi mangsa ditahan di Kem Kamunting terpisah dengan anak dan isteri mereka.

Itulah antara gelapnya kuasa ISA. Demikian jugalah sengsaranya hidup di Kem Kamunting kerana menjalani hukuman penjara tanpa bicara demi melindungi jenayah politik Umno-BN.
 
tu la yang dok pangkah BN lagi buat aper...
dah banyak maklumat depan mata....

kata pejuang bangsa..pi roboh rumah la..roboh surau la..
bodo betol..
yang paling bodo yang mengundi tu la....
org BN senang2 lenang idup..hangpa merempat

tu tak kira berapa ramai org murtad..
cuba la siasat kes murtad..kecoh2 pasal siasat org yang sebar sms lagi hebat lak..agama mcm takder nilai ka..

aku kalau sebut bab ni..mmg menyirap
 
tu la yang dok pangkah BN lagi buat aper...
dah banyak maklumat depan mata....

kata pejuang bangsa..pi roboh rumah la..roboh surau la..
bodo betol..
yang paling bodo yang mengundi tu la....
org BN senang2 lenang idup..hangpa merempat

tu tak kira berapa ramai org murtad..
cuba la siasat kes murtad..kecoh2 pasal siasat org yang sebar sms lagi hebat lak..agama mcm takder nilai ka..

aku kalau sebut bab ni..mmg menyirap

pengundi serba salah laa... tak confident ngan pembangkang... tuh masih sokong BN... cuba lahh kasi peluang sekali seumur hidup kat pembangkang menang semua benda... kalau setakat kasi menang kat kelantan je mmg tak cukup... duit kerajaan kasi kat sana pon tak byk sangat.. Mari lah kita try belasah kasi pembangkang plak control malaysia tgk ape jadi.. lagi baik ke lagi tak baik... :D

p/s: aku sokong Tentera amik alih :D baru korang rasa kehidupan nih lagi bermakna.. :D
 
pengundi serba salah laa... tak confident ngan pembangkang... tuh masih sokong BN... cuba lahh kasi peluang sekali seumur hidup kat pembangkang menang semua benda... kalau setakat kasi menang kat kelantan je mmg tak cukup... duit kerajaan kasi kat sana pon tak byk sangat.. Mari lah kita try belasah kasi pembangkang plak control malaysia tgk ape jadi.. lagi baik ke lagi tak baik... :D

p/s: aku sokong Tentera amik alih :D baru korang rasa kehidupan nih lagi bermakna.. :D

aku sokong...cuba bg peluang sekali kepada pembangkang..sekali jer..tgk ok ke tak?lepas tu nilai balik
 
kah kah kah...nak testing tampuk pimpinan negara ingat cam testing spark plug ka?...hahaha...lawak betoi

nak jual negara ka?...
 
kah kah kah...nak testing tampuk pimpinan negara ingat cam testing spark plug ka?...hahaha...lawak betoi

hahahahaha sekali sekala mencuba... :D no hal ... kalau rasa cam teruk sangat... Kuasa Veto tentera lah amik alih...
 
pada aku biar laa pembankang tu penuhkan dulu kerusi kat malaysia ni baru laa pasang impian nak perintah negara ....

aku rasa skang ni pun kalau menang sumer kusi pun tak layak lagi nak tukar pemerintah

cakap kalau boleh biar laa logik jgn main cakap aje nak tukar pemerintah ... jgn jadi mat jenin laa ...
 
Secara dasarnya Pembangkang pun golongan professional dan cerdik pandai utk mentadbir malaysia. Mungkin lebih baik dari pemerintahan sekarang. Penuh korupsi dan kerenah birokrasi.
...usah takut ngan bayangan sendiri untuk mengubah tampuk pemerintahan. Isu semasa akhir-akhir ini , menuntuk kita utk membuat perubahan dalam PRU-12 nanti.Mulakan langkah bijak bermula hari ini . Buat post mortem terhadap pemerintah sedia ada ...:)
Usah memainkan isu perkauman disini , cuma semua bangsa dan agama harus memberi peluang kpd pembangkang utk memerintah...
 
betul ker?

hahahahaha sekali sekala mencuba... :D no hal ... kalau rasa cam teruk sangat... Kuasa Veto tentera lah amik alih...
say no untuk mencuba-cuba nie..kalau betul nak kuasai malaysia buat betul-betul, pegang kuasa dlm 5 tahun tuh!...tentera mana boleh lawan kerajaan tanpa sokongan yang dipertuan agong?...hui bahaya lah kalau jadi macam thailand tuh :p
 
Back
Top
Log in Register