BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGRS Susun Semula Struktur Organisasi, Perkukuh Gerak Kerja Parti

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
e6eaba27bf61c31aa004fa21c11cbfcd69ba0dcb1c77c

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) merancang menstruktur semula organisasinya daripada 74 bahagian kepada 26 dalam usaha memperkukuh dan memperkemaskan parti.

Ketua Penerangann PGRS Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata langkah itu dipersetujui Majlis Tertinggi parti berkenaan bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun dan berkesan.

Beliau berkata penstrukturan semula itu bertujuan mengukuhkan PGRS sebagai tunjang kepada Kerajaan Perpaduan di Sabah dan memperkasakan perjuangan membela rakyat.

“Penstrukturan semula ini akan memberi banyak kebaikan lagi dalam perjuangan Gagasan Rakyat untuk membela rakyat,” katanya kepada pemberita semalam.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah itu berkata struktur baharu dijangka berasaskan 25 kawasan Parlimen di Negeri di Bawah Bayu serta satu di Labuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah itu menjadi hala tuju baharu parti dalam memperkukuh operasi PGRS di semua peringkat selain memudahkan pelaksanaan aktiviti.

Nizam juga berkata PGRS akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan termasuk pindaan Perlembagaan parti.

 
Back
Top
Log in Register