BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

kaurang perasan tak kat daerah mana kat tanah melayu ni dah start ternak kuda???? jeng2 jeng....................
 
bg jelah hadis tu kat sini

nak share, share lah betul2
 
ni ka hadisnya?

Menurut Sahih Muslim, Tamim a-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.


Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan berantai tangan dan kakinya. Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:


Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”

Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”

Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”

Mereka menjawab “Ya.”

Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”

(Ringkasan daripada Sahih Muslim)
 
lagi hadis...

“Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut.”
 
rasanya ni hadis tu.................


----------------------------------------------------------



diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais (dari Tamim ad-Dari) antara

kelompok perempuan dalam Hijrah yang pertama , iaitu tentang

kaitan antara paras air di tasik Kinneret (dalam hadis ini

disebut sebagai tasik Tabariyah) dengan kemunculan Dajjal.

Berikut adalah sebahagian dari hadis yang panjang ini:

“Pergilah kepada orang yand ada digua ini, kerana ia sangat

merindukan berita dari kamu semua.”

Maka kamipun bersegera menjumpaiya. Kami takut pada binatang itu,

dan tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang

itu berkata: “Beritahukan kepadaku tentang kurma baisan!”

“Tentang apanya yang engkau tanykan”

“Aku bertanyakepada kamu, apakah kurma berbuah?”

“Ya”

“Sesungguhnya pohon krma itu hampir tidak akan berbuah.”

Lalu ia berkata lagi:

“Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyah!”

“Tentang apa nya yang engkau tanyakan.”

“Adakh tasik itu masih berair?”

“ Ya, tasik itu masih banyak airnya.”

“Sesungguhnya air air tasik itu hanpir habis,”

Ia berkata: “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zugha!”

“Mengenai apanya yang engkau tanyakan?”

“Apakah mata air itu masih memancarkan airnya.

Dan, apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu ?”

“Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya

bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadku tentang

nabi yang diutuskan kepada oan-orang buta huruf, apa yang

dilakukannya?”

“Ia telah keluar dariMakkah menuju Yathrib.”

“Apakah orang Arab memeranginya?”

“Ya.”

“Bagaimana caranya ia memperlakukan mereka?’

“Ia telah menundudukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga

mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?”

“Ya”

Lebih baik bagi mereka untuk mengikutinya. Aku akan

memberitahukan kepada kamu mengenai didiku. Aku ini adalah

al-Masih (Dajjal). Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku

akan keluar.

(HR Sahih Muslim)
 
penerangan hadi di atas



Sepertimana yang dilapurkan diatas, sekarang tasik Kinneret (atau

tasik Tabariyah) telah kering ataupun menghampiri kekeringan,

adakah ini bermakna Dajjal telah muncul dan dunia sekarang berada

di ambang kemusnahan. Tetapi saya bukanlah orang yang layak atau

mampu dengan pasti mengatakan Dajjal telah telah muncul dalam

bentuk pisikalnya, bersembunyi disuatu tempat rahsia, melakukan

pengarahannya dari situ; ataupun telah muncul dalam bentuk lain,

bukan dalam bentuk pisikal sebagai seorang manusia, tetapi dalam

bentuk suatu kuasa sebuah bangsa atau politik dan melakukannya

kerja-kerja sepertimana Dajjal lakukan. Tetapi yang pastinya

melihatkan scenario dunia sekarang terutama sekali yang apa yang

dilakukan oleh rejim Zionis dan AS, menunjukkan segala doktrin

dan tindakan-tindakan Dajjal telah berlaku. Iaitu rejim Zionis

dan Amerika Syarikat seolah-olah menjadi Dajjal atau mendapat

arahan dari Dajjal. Antaranya ialah sifat Dajjal yang menentang

dan cuba mencuba menghapuskan Islam dan kebenaran. Rejim Zionis

dan Amerika Syarikat dengan mengunakan alasan untuk menentang

keganasan menjadikan Islam musuh utama dunia. Di mana saja mereka

akan memerangi Islam. Contoh yang jelas apa yang berlaku di jalur

Gaza dimana Hamas, kumpulan yang mendokong perjuangan Islam, cuba

dihapuskan oleh rejim Zionis dengan apa cara sekalipun.
 
kalau la dajal turun, mcm mana la aku nk survive... pompuan seksi lalu pon dah tgk, aper tah lagi dajal..
 
btul ke tt hadis yg aku bg tu ?
 
Back
Top
Log in Register