Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. Faktor lain adalah kemarau berpanjangan berlaku 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal (Ini adalah petunjuk daripada Allah bagi ketibaan Dajjal, dan kemarau yang menjadi rahmat terbesar kepada orang beriman kerana berupaya melatih keimanannya untuk mengalahkan Dajjal).
Oleh itu peringkat kemarau dan kekeringan air Sea of Galilea adalah peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim). Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan serta mengatakan air ‘Sea of Galilea’ akan menjadi kering (HR Muslim).
Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan ba-bi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dsbnya.
Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada nuklear radiasi, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”. Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.