karabas
Active Member
- Messages
- 1,015
- Joined
- Jul 3, 2006
- Messages
- 1,015
- Reaction score
- 35
- Points
- 30
ya betul! dari source (website) mana cerita2 ni semua?????ni fahaman sesat ni, ape pulak Nabi Isa nak menyebarkan ajaran melalui kitab Injil dan Taurat plak. Sedangkan Allah sudah mengisytiharkan bahawa ajaran Islam sudah lengkap. Rasul SAW sendiri berpesan kpd kita semua agar berpegang teguhlah pada Quran dan Sunnah.
Hati2 dgn info sesat yg telah digandingkan dgn Hadith sohih agar umat Islam tertipu.
apa nama kitab2 yg dirujuk oleh penulis lamanweb tersebut?
sebenarnya dlm hal2 Samiyyat ni tak boleh kita memandai2 dan mengandai2kan sendiri berdasar fikiran dan kajian kita..
Kita ni nak berteori (dlm hal2 samiyyat) dgn fikiran/kajian sendiri pastu nak sebarkan teori kita tu (saya merujuk kpd website yg jadi source kawan2 kita utk paste ke CG tadi),
kita ni bukan hidup pd zaman2 yg dimuliakan/diberkati Allah tu (Zaman Nabi SAW-Zaman Sahabat-Zaman Tabi'in-Zaman Tabi' Tabi'in). sbg cth bermula zaman Sahabat sehingga Tabi' Tabi'in, para Sahabat dan ulama2 (Zaman Tabi'in & zaman Tabi' Tabi'in)boleh berqias & berijtihad. martabat mereka tinggi di sisi Allah pd zaman2 tersbt. Zaman kini pula (dlm hal2 baru muncul yg tiada rujukan drpd kitab2 ulama silam (Tabi'in & Tabi' Tabi'in) kelompok ulama boleh memutuskan secara ijma' mereka (secara bersepakat), bukan berseorangan. Hanya ulama yg hidup dizaman Tabi'in & Tabi' tabi'in saja yg boleh berijtihad secara bersendiri. Zaman sahabat hingga Tabi' tabiin tu org Islam berperang sesama sendiri, mereka masih mulia di sisi Allah SWT. pd masa itu jika ijtihad sebelah pihak betul dapat dua pahala dan jika tak betul dapat satu pahala!
Kita dizaman kini tidak lagi boleh berijtihad...
Maka begitulah juga dgn mengupas perkara2 Samiyyat (Hari Qiamat, Tanda2 Qiamat dan yg related dgnnya), kita kena rujuk kpd kitab2 tafsir Ulama (Tafsir alQuran (eg.Ibnu Kathir,Fi Zilalil Quran, Jallalain dsbnya) & Tafsir Hadith (eg. Bahrul Maazi dsbnya).
Ulama2 zaman silam yg mentafsirkan AlQuran & Hadith tu bukan sembarangan manusia, mereka punya ilmu teras/asas (Tauhid,Feqah,Usuluddin,Usulul Fiqh,Tasawwuf) yg kukuh..mereka faham Nahwu & Sorof Bahasa Arab, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dgn lancar & betul, tahu segala selok belok bhs Arab. sehingga ada diklgn mereka yg menguasai sesetengah ilmu cabang (matematik, astronomi, geografi, perubatan dsbnya) melalui pemahaman/penelitian kitab2 ulama teknologi zaman silam (Ibnu Sina, Bathuta, Khawarizmi, Biruni, Haytham dan ramai lagi) yg dikarang dlm bhs arab sbg bhs pengantar empayar Islam.
ulama zaman silam, mereka nak tafsir satu2 ayat/hadith bukan sejam dua tapi berhari2 dgn melakukan solat sunat beberapa kali memohon petunjuk dr Allah..malah ada antaranya yg punya ilmu laduni serta kasyaf di sisi Allah (yg digelar org lain sbg waliyullah) sbgmana yg Nabi sebut "Hasana tul Abrar Saiyia tul Muqarrabiin"-'Kebaikan yg dibuat Ahli2 ibadah itu masih dipandang sebagai kejahatan oleh para Muqarrabeen (mereka yg hampir dgn Allah)'.
Jadi, harap jgn kita (penulis2 website tadi) pandai2 berteori sendiri dan kena sampaikan apa yg telah ditafsir terhadap satu2 hadith itu oleh ulama mu'tabar dlm kitab2 mereka..bukan menambah-nambah dan mereka-reka sendiri.
dan nak belajar satu2 ilmu (especially ilmu2 teras), kena berguru... jgn kita memandai2 sendiri..buat2 faham sendiri..dibimbangi yg menjadi guru kita adalah Syaitan (Syaitan/Iblis ni alQuran pun dia baca/hafal).. dan carilah guru yg mursyid (Irsyadu Ustazin)..mursyid antara lain bermaksud seseorg guru(ustaz)/ulama tu dia taat kpd Allah dan beramal dgn ilmunya yg diwarisi dr guru yg muryid juga sehinggalah dr ulama yg mu'tabar.
sekadar memberitahu apa yg saya tahu kerana bimbang kita terlibat pulak dgn mereka yg dipanggil Nabi sbg "fadhollu wa adhollu"-'mereka itu sesat dan menyesatkan'.
Last edited:
