BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keretapi bawa Pengerusi SPAD langgar lembu

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

SEEKOR lembu terkorban dilanggar keretapi ketika membawa rombongan 'Lawatan Kerja Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat' (SPAD), kejadian berlaku berhampiran dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kuala Krau hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID

JERANTUT 1 Jun - Kereta api yang membawa Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar dari Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan hari ini tergendala seketika apabila merempuh seekor anak lembu yang melintas landasan secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku pukul 2.30 petang di laluan Kuala Krau-Jerantut ketika Syed Hamid dan rombongan kira-kira 90 orang dalam perjalanan untuk meninjau landasan Gua Musang-Kemubu yang musnah akibat banjir pada Disember 2014.

Difahamkan, anak lembu itu melintas landasan ketika kereta api sedang bergerak laju, tetapi disebabkan faktor keselamatan, brek kecemasan tidak boleh dilakukan secara mengejut bagi tujuan keselamatan penumpang.

Rempuhan itu menyebabkan anak lembu berkenaan terperosok di bawah kereta api dan usaha mengeluarkannya oleh lima petugas SPAD dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengikuti rombongan itu mengambil masa kira-kira 15 minit.

Lawatan kerja Pengerusi SPAD itu yang turut disertai pengamal media itu adalah selama dua hari sehingga esok.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nah...ad-rempuh-lembu-1.337442#sthash.kpMisEom.dpuf
 
oo SPAD..patutla tak fly
 
Baru die tau naik ktm cmner..betapa xselesanya...
 
Baru die tau naik ktm cmner..betapa xselesanya...

dah orang kenamaan mestila dapat tiket royal 1st class punya..
takdenye nak try kerusi keras kat gerabak belakang2:))
 
Abistu ape function brek kecemasan kalau x bole brek?? Buang jela
 
Baru die tau naik ktm cmner..betapa xselesanya...

Tang mane yang tak selesanye. Den kerap jugak naik ktmb intercity ni, walau tiket kelas 3 pun Den pueh hati. Kerusi selesa bole condongkan, ade kantin nak lepak, aircond sejuk. Pada Den berbaloi dengan harga tambang. Kalu ambik yang katil pun Den suka. Bulan lepas naik jam 12 lebih malam kat KL Sentral, jam 9 lebih pagi dah sampai Arau, tido nyenyak sebab berbuai-buai. Pada Den xperlu risau jem, keselamatan terjamin, tiket pun murah @ lebih kurang tiket bas. Tak selesa pada Den kalu dapat seat dekat pintu...bising sikit. Tapi tiket bole beli online sebulan awal, seat pun bole pilih sendiri.
 
ramai betul rombongan cik kiah..ni naik berbayar ke naik free...kalau rakyat marhaein nak naik kena bayar dan termasuk gst..
 
dah orang kenamaan mestila dapat tiket royal 1st class punya..
takdenye nak try kerusi keras kat gerabak belakang2:))

kenangan xpress semenanjung den naik sebelum 19.5 ( hari terakhir servis di pantai barat...selepas itu koc di alih utk kegunaan pantai timur sekarang ini )

walaupun kelas ke3 tetapi selesa dan menjadi pilihan pendapatan rendah terutama famili ramai, harga tiket tak silap den rm23 atau rm26 ke KL berekon:D

besh tengok gelagat masyarakat:)
 
Back
Top
Log in Register