BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kereta polis pengiring VIP kemalangan dengan kereta lain

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,528
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,528
Reaction score
1,681
Points
201


🄹vip mana yea ni hmm huhu

sumber tiktok
 
3021896.jpg

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan yang ditularkan semasa petugas Polis Diraja Malaysia mengiringi orang kenamaan.

"Kita menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Seremban, Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Yusri berkata, JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

ā€œOrang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,ā€ katanya.

Pada Ahad, tular video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.

Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga itu.

Posting terbabit turut mendapat 23 ribu tontonan serta 326 reaksi.
 
Pagi tadi tengah2 jem ELITE tu ada van imigresen nyala strobe light mintak bukak laluan.

Yang barannya dia pegi tukar2 lane mintak bukak laluan. Kejap kanan kejap kiri kejap smart lane.

habis huru-hara. Queue kenderaan jadi senget benget moto pun payah nak lalu.
 
Pagi tadi tengah2 jem ELITE tu ada van imigresen nyala strobe light mintak bukak laluan.

Yang barannya dia pegi tukar2 lane mintak bukak laluan. Kejap kanan kejap kiri kejap smart lane.

habis huru-hara. Queue kenderaan jadi senget benget moto pun payah nak lalu.
banyak sangat agensi nak pakai siren sekarang...
 
Back
Top
Log in Register