BTC USD 26,582.4 Gold USD 1,925.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta masuk bank

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PORT DICKSON: Orang ramai yang berurusan di sebuah bank di bandar ini gempar dan lari keluar menyelamatkan diri apabila sebuah kereta Perodua MyVi tiba-tiba terbabas sehingga melanggar dinding cermin bank itu, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Perodua Myvi yang dipandu seorang pelajar sebuah politeknik di sini dikatakan tertekan pedal minyak dengan kuat selepas memasukkan gear menyebabkan kereta melambung sebelum merempuh dinding cermin bank.

Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan kakitangan bank terkejut kerana tidak menyangka sebuah kereta boleh ‘melambung’ sehingga masuk ke dalam bank.

Ini kerana kedudukan tempat letak kereta di situ agak jauh dari bank selain lokasi bangunan berkenaan lebih tinggi dari bahu jalan.

Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu bersama seorang rakan baru saja keluar dari bank itu selepas mengeluarkan wang simpanan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mazlan Othman, berkata pemandu dan penumpang kereta itu hanya terkejut dan tidak mengalami kecederaan.

“Kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu menghidupkan enjin dan menekan kuat pedal minyak sehingga menyebabkan kereta itu terbabas,” katanya, semalam.

Menurutnya, orang ramai membantu mengeluarkan pemandu dan penumpang dari kereta.

Dah macam dalam filem omputih lak
 
Sponsored Post

adehh..

kalau vin diesel ada mesi dia suh wat sekali lagik.....ekkekekkeke
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register