BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta ditembak bertubi-tubi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SUNGAI BULOH – Seorang ahli perniagaan bernasib baik apabila tembakan yang dilepaskan ke arah keretanya tidak mencederakannya malah mangsa sempat melarikan diri ke sebuah pusat gimnasium untuk mencari pelindungan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin di Jalan BRP 1/4 , Bukit Rahman Putra itu, kereta Naza Forte yang dipandu mangsa ditembak di bahagian cermin sebelah pemandu oleh seorang suspek yang merupakan pembonceng motosikal Yamaha LC warna hitam ketika dia berhenti di hadapan sebuah pusat pameran kereta.

Menurutnya siasatan mendapat sebanyak empat das tembakan dilepaskan ke arah kereta mangsa manakala siasatan di lokasi kejadian menemui 7 kelongsong peluru jenis WCC 60.9 mm.

“Mangsa berusia 28 tahun dikenali sebagai A Sivaguru hanya mengalami cedera ringan selepas merempuh pintu pusat gimnasium untuk mencari pelindungan,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/kereta-ditembak-bertubi-tubi-1.165302
 
naik laa sale forte pas nih...
cermin kalis peluru hehe.. .

tp yg peliknya mangsa g cari perlindungan kat gym tuh
bukanya nak g balai polis..
 
maybe dia pun gangster gak
 
Huh dasyat main tembak2 jer skrg nie mmg nak bunuh betul sampai 10 das dia tembak
 
Back
Top
Log in Register