BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta baru bermasalah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KAMUNTING – Usia kereta baru sahaja mencecah setahun, namun keadaan tayarnya menyebabkan seorang pelajar takut untuk memandu kereta itu terutama ketika hujan.

Menurut Ng Shi Yin, 19, kereta buatan luar negara itu dibeli ibunya untuk memudahkannya berulang alik ke sekolah.

Namun selepas tiga bulan menggunakannya, tayar di bahagian pemandu menipis.

“Saya ke pusat servis setelah mencecah 1,000 kilometer, bagaimanapun, pihak pusat servis ini hanya membuat ‘alignment’ sahaja. Malah saya dipersalahkan akibat cara pemanduan tidak betul dan melanggar jalan berlubang,” katanya.

Shi Yin tidak berpuas hati kerana jarak antara rumah dengan sekolahnya bukan sahaja tidak jauh malah keadaan jalan di sepanjang laluan itu sangat baik dan tidak berlubang,.

Menurutnya, selepas beberapa kali ke pusat servis dan mengadu perkara yang sama, akhirnya pihak berkenaan menukarkan tayar tetapi dengan menggantikan tayar berkenaan ke belakang.

“Ketika itu saya ingat mereka tukarkan tayar yang baru dan tidak menyangka mereka hanya tukarkan tayar depan dan belakang. Saya terkilan kerana kereta saya masih dalam jaminan, apa salahnya mereka menukarkan semua tayar kepada yang baru,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keadaan tayar itu, baru-baru ini dia terpaksa meminta rakannya menemaninya pulang ke rumah ketika hujan gara-gara takut kejadian buruk menimpa.

Sementara itu, Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, dia telah mengarahkan Shu Yin menghantar keretanya ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan sewa beli bagi mengetahui punca sebenar masalah.

“Betulkah kerosakan tayar disebabkan cara pengendalian kereta yang salah seperti yang disebutkan oleh pusat servis. Jika tidak, maksudnya tayar itu yang bermasalah. Selepas itu, baru kita akan buat tindakan seterusnya untuk mengembalikan hak pengguna. Sebelum ini, memang pernah berlaku kes sama dan pengguna berjaya mendapatkan keadilannya,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kereta-baru-bermasalah-1.33727
 
Erk kereta import pun mslh jgk ke
 
buatan luar negara.. ingtkn proton td..
:)
 
memang takde luck la mamat ni.... memang ada kes kes terpencil keta jadi camtu....

dah buat balancing, alignment, sampai tukar lower arm absorber semua pon masih tak setel.

dlm keadaan normal, kalau jadi camtu memang la alignment tak betul.
benda ni tak kira keta apa pon... klu dia nk rosak, rosak jugak.
 
Memanglah kereta tu under warranty. Tapi tayar tu termasuk dalam warranty ke?
 
Memanglah kereta tu under warranty. Tapi tayar tu termasuk dalam warranty ke?

tayar termasuk dalam warranty..:D
tapi depend on how u drive..
org perodua cakap..:p
cover kalau tayar bengkak, crack je kot
 
kalo tayar menipis mano ado gerenti adik oiiiiiiii..kalo bengkak atau crack bleh ar mintak warranty..menipis dlm mase 1000km hang masuk trek hari2 ker aper???
 
Back
Top
Log in Register