BTC USD 82,709.8 Gold USD 4,165.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerapkah Anda Membaca Al-Quran

Rasa bersalah pulak...kalau boleh baca paper..tapi tak de masa baca Quran..Ap pon..baca tetap baca...

huhuhu.... a'a ek... macam saya hari-hari rasa "gian" je nak baca kat forum ni... tapi quran??? :(( :(( :(( :(( :(( :((


Ya ALLAH... Ampunkanlah dosa-dosa kami..
 
aq cadangkn beli satu tafsir Al-Quran.bpe inggit la sgt.
pastu bce skali tafsir..mmg byk crite menarik dn pengajarn...:D
 
kelebihan Allah beri pada Al-Furqan atau Al-Quran ini ialah sampaikan kita mendengarnya juga turut mendapat pahala...apatah lagi kelau membacanya.

Namun, jangan silap faham, bila dikatakan membaca Al-Quran itu sudah pasti mestilah kita kena seiring dan sejalan dengan ajaran-ajaran didalamnya.

Dan tidak lupa juga, kenalah berilmu sebelum nak membacanya, kenalah berguru untuk kenal tajwid dan hukum2 bersangkutan dengannya. Kalau nak advance lagi, belajar bertarannum atau pun berlagu.

saya sendiri pun masih dalam proses pembelajaran yang pastinya tidak akan terhenti sehinggalah akhir nafas nanti, yang saya pegang dan ingati ialah pesan ulama' ialah..."JANGAN TINGGALKAN BACA AL-QURAN"
 
tuan tanah bukak thread ni mengajak kita berbincang :) sama-sama la kita. sapa yang tahu boleh berkongsi :)

:)cgrock

inilah yang dikatakan forum, lagipun ini adalah hak semua Muslim yang beriman padaNya dan RasulNya, ilmu Allah itu luas, hikmah Allah itu lebar, jadi, kalau ada saja pendapat2 yang bernas, mengapa tidak di lontarkan di sini :D

Semua muslim adalah bersaudara.....:)paid
 
kelebihan Allah beri pada Al-Furqan atau Al-Quran ini ialah sampaikan kita mendengarnya juga turut mendapat pahala...apatah lagi kelau membacanya.

Namun, jangan silap faham, bila dikatakan membaca Al-Quran itu sudah pasti mestilah kita kena seiring dan sejalan dengan ajaran-ajaran didalamnya.

Dan tidak lupa juga, kenalah berilmu sebelum nak membacanya, kenalah berguru untuk kenal tajwid dan hukum2 bersangkutan dengannya. Kalau nak advance lagi, belajar bertarannum atau pun berlagu.

saya sendiri pun masih dalam proses pembelajaran yang pastinya tidak akan terhenti sehinggalah akhir nafas nanti, yang saya pegang dan ingati ialah pesan ulama' ialah..."JANGAN TINGGALKAN BACA AL-QURAN"

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
syukran jaziilan ya tuan tanah..saling mengingati antara 1 sama lain..
 
seseorg itu dikira mengingati allah sekiranya die membaca sepuluh ayat pada malamnye..wallahualam
 
Biar pun sedikit dibaca.... Yang penting kena istiqamah :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register