BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS

kalau boleh cepat-cepatkan la sikit lawatan tu...mesti depa dah buang atau eliminate yang mana tak penting.........

lastly..tiada bukti pulak...kerajaan Malaysia kan biasa buat ....beritahu dulu, pastu baru buat siasatan....

kalau nak ambik duit rakyat..sanggup buat operasi kul 2..3...pagi untuk kutip saman tak bayar..........

hampeh!!!!!!!!!.......
 
Henti rujuk CTOS

Arahan henti rujuk CTOS

KUALA LUMPUR 28 Jun – Semua pihak termasuk agensi kerajaan, bank dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakan khidmat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) hari ini diarahkan supaya berhenti merujuk atau mendapatkan sebarang maklumat kewangan individu daripada syarikat itu.

Kerajaan pada masa sama menegaskan akan menyita operasi CTOS sekiranya syarikat itu gagal membuktikan yang pihaknya mempunyai kebenaran untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada pelanggannya mengikut peruntukan undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk M. Kayveas mendakwa, sehingga kini syarikat itu masih belum menjelaskan struktur operasi mereka secara jelas dan terperinci kepada pihak kerajaan.

Kata Kayveas, beliau bersama pegawai Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM akan melawat pejabat CTOS pada 10 Julai ini bagi mendapatkan penjelasan daripada syarikat itu selain melihat sendiri operasinya.

‘‘Kerajaan ingin tahu di bawah undang-undang mana atau atas kebenaran siapa, CTOS beroperasi yang kewujudannya masih menjadi tanda tanya.

“Walaupun mempunyai lesen perniagaan tetapi kegiatan menjual maklumat peribadi seseorang adalah sesuatu perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan negara. Ia bukan sahaja melanggar hak asasi manusia malah tidak beretika dan menyalahi undang-undang,’’ katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Kayveas, kerajaan hanya mengiktiraf Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) yang operasinya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia melalui Akta Bank Negara 1958.

Tambahnya, selain CCRIS, syarikat lain seperti CTOS dianggap beroperasi secara haram.

Menurut beliau, Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sendiri pada 3 April lalu telah memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap institusi termasuk bank yang masih menjadikan CTOS sebagai rujukan status kewangan individu.

Menurut Kayveas, kerajaan memandang serius tindakan institusi kewangan atau badan lain menggunakan khidmat CTOS untuk mendapatkan maklumat peribadi pelanggan.

sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/con...Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm
 
sita dan haramkan CTOS!!!

Selamat pagi semua... Kita semua dah tahu akan berita ini. Dato' M. Kayveas sedang 'Perang habis-habisan' terhadap CTOS. CTOS yg selama hari ini menyusahkan banyak pihak (termasuk diri kita). Semalam Jabatan beliau ada melancarkan website ' Suara Rakyat ' bertujuan untuk mengumpul maklumat juga boleh digunakan sebagai 'senjata' agar CTOS lingkup. Mari kita semua support beliau.

Masuk disini : http://www.insolvency.gov.my/
 
bagus sgt la CTOS ditutup, cepat loan kwn2 semua lulus:D :))
 
Selamat pagi semua... Kita semua dah tahu akan berita ini. Dato' M. Kayveas sedang 'Perang habis-habisan' terhadap CTOS. CTOS yg selama hari ini menyusahkan banyak pihak (termasuk diri kita). Semalam Jabatan beliau ada melancarkan website ' Suara Rakyat ' bertujuan untuk mengumpul maklumat juga boleh digunakan sebagai 'senjata' agar CTOS lingkup. Mari kita semua support beliau.

Masuk disini : http://www.insolvency.gov.my/

Aikk? Itu ayat eden kan kat dlm NG...Hehehe... takper-2..sampaikan ayat aku kepada semua warga CG... :)cgrock
 
Aikk? Itu ayat eden kan kat dlm NG...Hehehe... takper-2..sampaikan ayat aku kepada semua warga CG... :)cgrock

xper la.. asal maklumat tepat xdiselewengkan dah bagus tu:D :D
 
Ctos

Arahan henti rujuk CTOS

KUALA LUMPUR 28 Jun – Semua pihak termasuk agensi kerajaan, bank dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakan khidmat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) hari ini diarahkan supaya berhenti merujuk atau mendapatkan sebarang maklumat kewangan individu daripada syarikat itu.

Kerajaan pada masa sama menegaskan akan menyita operasi CTOS sekiranya syarikat itu gagal membuktikan yang pihaknya mempunyai kebenaran untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada pelanggannya mengikut peruntukan undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk M. Kayveas mendakwa, sehingga kini syarikat itu masih belum menjelaskan struktur operasi mereka secara jelas dan terperinci kepada pihak kerajaan.

Kata Kayveas, beliau bersama pegawai Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM akan melawat pejabat CTOS pada 10 Julai ini bagi mendapatkan penjelasan daripada syarikat itu selain melihat sendiri operasinya.

‘‘Kerajaan ingin tahu di bawah undang-undang mana atau atas kebenaran siapa, CTOS beroperasi yang kewujudannya masih menjadi tanda tanya.

“Walaupun mempunyai lesen perniagaan tetapi kegiatan menjual maklumat peribadi seseorang adalah sesuatu perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan negara. Ia bukan sahaja melanggar hak asasi manusia malah tidak beretika dan menyalahi undang-undang,’’ katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Kayveas, kerajaan hanya mengiktiraf Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) yang operasinya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia melalui Akta Bank Negara 1958.

Tambahnya, selain CCRIS, syarikat lain seperti CTOS dianggap beroperasi secara haram.

Menurut beliau, Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sendiri pada 3 April lalu telah memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap institusi termasuk bank yang masih menjadikan CTOS sebagai rujukan status kewangan individu.

Menurut Kayveas, kerajaan memandang serius tindakan institusi kewangan atau badan lain menggunakan khidmat CTOS untuk mendapatkan maklumat peribadi pelanggan.

Ada sapa2 kat sini yang bekerja dengan mana2 bank ??? Cuma nak
tau adakah anda akan merujuk juga dengan CTOS walaupun dilarang
sama sekali.
 
Harap kpd sesape yg kata
nak menghapuskan CTOS tu...
harap-harap buat,jgn hangat-hangat.....
kita rakyat Malaysia yg
rasa tertipu,akan menyokong...~X(

Tp ngape baru sekarang ekk...?~X(
 
CTOS diarah henti operasi

Arahan henti operasi
Oleh Abdul Razak Raaff

CTOS tak boleh jual maklumat kewangan peribadi: Kayveas

KUALA LUMPUR: Syarikat Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) diarah menghentikan serta-merta operasi menjual sistem maklumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu dalam sistemnya kepada pihak lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas (gambar), berkata siasatan pihaknya mendapati nama syarikat berkenaan tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, katanya, syarikat itu tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997, dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.

“Tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap mereka yang didapati menyalurkan maklumat serta membeli maklumat daripada syarikat berkenaan. Setakat ini, kita dapati ada pihak berkuasa tempatan, hospital dan syarikat tertentu menggunakan perkhidmatan syarikat ini,” katanya.

Katanya, kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem CTOS adalah Melayu dan sejak dua hari lalu, beliau menerima lebih 400 emel yang mengadu masalah mereka berkaitan CTOS.

Kayveas berkata, syarikat itu sepatutnya mendapat kebenaran setiap individu yang tersenarai dalam sistemnya sebelum menyalurkan maklumat kewangan peribadi kepada pihak lain.

“Namun, mereka tidak berbuat demikian dan kita dapati mereka menjual maklumat peribadi individu dan mengenakan bayaran, seterusnya menjadikan satu perniagaan yang menguntungkan.

“Kita nak tahu juga berapa banyak syarikat ini memperoleh keuntungan dengan menjual maklumat peribadi individu. Perbuatan sebegini tidak adil kerana menyalahi Perlembagaan Persekutuan, mencabuli hak asasi rakyat dan mengganggu kehidupan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (Nube), di sini semalam. Hadir sama Presiden Nube, S Sivabalan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Mengulas hasrat syarikat itu mahu mengambil tindakan kerana mendakwanya membuat kenyataan berunsur fitnah, beliau menganggapnya satu gurauan kerana tindakan beliau mendedahkan isu itu demi kebajikan rakyat dan bukan kepentingan peribadi.

Namun, beliau kesal syarikat itu bertindak sedemikian seperti mahu menggugut dan menyerang secara peribadi terhadapnya.

“Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Putrajaya, kelmarin kerana mereka cuba menghalang saya sebagai pegawai kerajaan daripada melakukan tugas dan tanggungjawab mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Mereka mahu saya minta maaf, membayar pampasan kos peguam dan menyuruh saya berhenti membuat sebarang kenyataan di akhbar. Ini melucukan dan saya tidak akan melayan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan melawat premis syarikat itu 10 Julai ini, bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Bank Negara, Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis.

Kelmarin, CTOS menyerahkan notis tuntutan penjelasan kepada Kayveas berhubung beberapa kenyataannya berkaitan syarikat itu sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong, berkata berdasarkan terma notis itu, Kayveas diberi tujuh hari daripada tarikh notis untuk mematuhi tuntutan sebagaimana dalam notis.

sumber:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Mukadepan/20070630234522/Article/

memang bangsat Cina ni..mcm la kaum depa xbyk hutang:mad:
 
Memang bangsat lahanat CEO CTOS ni... Dia ingat byk makan babi, dia dah pandai berani sgt... Bangsat babi CTOS ni.
 
Back
Top
Log in Register