CTOS diarah henti operasi
Arahan henti operasi
Oleh Abdul Razak Raaff
CTOS tak boleh jual maklumat kewangan peribadi: Kayveas
KUALA LUMPUR: Syarikat Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) diarah menghentikan serta-merta operasi menjual sistem maklumat kewangan peribadi kira-kira 780,000 individu dalam sistemnya kepada pihak lain.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas (gambar), berkata siasatan pihaknya mendapati nama syarikat berkenaan tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Selain itu, katanya, syarikat itu tidak menghantar laporan kewangan kepada SSM sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir berbuat demikian pada 1997, dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.
“Tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap mereka yang didapati menyalurkan maklumat serta membeli maklumat daripada syarikat berkenaan. Setakat ini, kita dapati ada pihak berkuasa tempatan, hospital dan syarikat tertentu menggunakan perkhidmatan syarikat ini,” katanya.
Katanya, kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem CTOS adalah Melayu dan sejak dua hari lalu, beliau menerima lebih 400 emel yang mengadu masalah mereka berkaitan CTOS.
Kayveas berkata, syarikat itu sepatutnya mendapat kebenaran setiap individu yang tersenarai dalam sistemnya sebelum menyalurkan maklumat kewangan peribadi kepada pihak lain.
“Namun, mereka tidak berbuat demikian dan kita dapati mereka menjual maklumat peribadi individu dan mengenakan bayaran, seterusnya menjadikan satu perniagaan yang menguntungkan.
“Kita nak tahu juga berapa banyak syarikat ini memperoleh keuntungan dengan menjual maklumat peribadi individu. Perbuatan sebegini tidak adil kerana menyalahi Perlembagaan Persekutuan, mencabuli hak asasi rakyat dan mengganggu kehidupan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (Nube), di sini semalam. Hadir sama Presiden Nube, S Sivabalan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Mengulas hasrat syarikat itu mahu mengambil tindakan kerana mendakwanya membuat kenyataan berunsur fitnah, beliau menganggapnya satu gurauan kerana tindakan beliau mendedahkan isu itu demi kebajikan rakyat dan bukan kepentingan peribadi.
Namun, beliau kesal syarikat itu bertindak sedemikian seperti mahu menggugut dan menyerang secara peribadi terhadapnya.
“Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Putrajaya, kelmarin kerana mereka cuba menghalang saya sebagai pegawai kerajaan daripada melakukan tugas dan tanggungjawab mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
“Mereka mahu saya minta maaf, membayar pampasan kos peguam dan menyuruh saya berhenti membuat sebarang kenyataan di akhbar. Ini melucukan dan saya tidak akan melayan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau akan melawat premis syarikat itu 10 Julai ini, bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Bank Negara, Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis.
Kelmarin, CTOS menyerahkan notis tuntutan penjelasan kepada Kayveas berhubung beberapa kenyataannya berkaitan syarikat itu sejak beberapa hari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong, berkata berdasarkan terma notis itu, Kayveas diberi tujuh hari daripada tarikh notis untuk mematuhi tuntutan sebagaimana dalam notis.
sumber:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Mukadepan/20070630234522/Article/
memang bangsat Cina ni..mcm la kaum depa xbyk hutang
