BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Terus Lindungi Rakyat, Kekalkan Subsidi Petrol, Diesel Melalui SKPS, SKDS

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
8f1c85a927646d29cb840160582dc93269c8b50e14a89

7471b298b8450e37b61d2d0d8744dcf869c8b579c0d0a

42df12ac36b0573c260409253c82c77369c8b52da9ab8

0528c7a9ec90fb50c4b1c4fb2ea2bd1c69c8b4ef3bacc

--kredit FB Kementerian Kewangan

Kerajaan akan terus melindungi rakyat serta memastikan kestabilan harga barangan walaupun harga minyak global meningkat ketika ini susulan konflik di Asia Barat.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan usaha tersebut dibuat melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) iaitu subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu.

“Langkah ini membantu agar kos pengangkutan terkawal dan harga barangan kekal stabil.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan global dan mengambil pendekatan berhemah demi melindungi kesejahteraan rakyat,” menurut kementerian itu.

Dalam hantaran itu, MOF turut berkongsi infografik yang menunjukkan harga runcit petrol bersubsidi di bawah SKPS bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.05 seliter.

Bagi SKDS pula, harga runcit diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat awam kekal pada RM1.88 seliter manakala bagi sektor pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

 
Back
Top
Log in Register