kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kerajaan Teliti Insentif Trak EV Bagi Kurangkan Kos Subsidi Diesel
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2026 di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) hari ini.
Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah bagi memberi insentif kepada pengendali pengangkutan menggunakan trak elektrik (EV) yang menjadi sebahagian usaha jangka panjang mengurangkan kos subsidi diesel.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membentangkan pandangan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Pasukan Petugas EV Kebangsaan pada minggu depan bagi menggalakkan perbincangan mengenai insentif penggunaan trak EV.
Ïni adalah sesuatu yang bagi saya adalah wajar, bukan hanya kerana kita perlu mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050, tetapi juga dari segi kecekapan bahan api serta kos kepada kerajaan.
"Lebih baik sebenarnya untuk kerajaan memberi insentif kepada pengendali menggunakan trak EV kerana bil (kos) subsidi diesel kita amat tinggi, terutamanya pada masa ini,” katanya ketika merasmikan acara Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2026 di sini, hari ini.