combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Teliti Cadangan Tambah Kuota BUDI95 Bot Persendirian Komuniti Pulau - Fuziah
Rakyat Malaysia boleh mula membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan Kementerian Kewangan, mulai jam 9 pagi ini.
Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan.
Semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu.
Kerajaan bersedia meneliti cadangan untuk menambah kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pemilik bot persendirian di pulau-pulau Semenanjung Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata kementerian, akan mengambil maklum cadangan itu bagi membantu komuniti pulau yang menggunakan bot berkuasa petrol untuk urusan harian, termasuk menghantar anak ke sekolah.
“Bot yang digunakan secara peribadi untuk ke mainland, ke Mersing, mereka menggunakan petrol. Bila gunakan petrol, mereka menggunakan BUDI95. Saya kira kementerian boleh melihat bagaimana untuk membantu golongan ini secara khusus,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing), yang mencadangkan kuota BUDI95 ditambah bagi penduduk pulau, termasuk di Mersing, Johor, berikutan penggunaan petrol yang lebih tinggi untuk pengangkutan bot.
Sementara itu, Fuziah berkata kementerian sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memperluas pemberian fleet card diesel bersubsidi kepada rumah orang tua yang berdaftar di bawah badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata ketika ini golongan berkenaan belum layak untuk menerima kemudahan itu kerana tidak berdaftar di bawah syarikat, walaupun mempunyai keperluan pengangkutan yang tinggi bagi urusan kebajikan dan penjagaan kesihatan warga emas.
“Kita sedang melihat kepada SOP macam mana kita hendak meluluskannya, kerana mereka tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mereka berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), jadi kena ada lagi satu prosedur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai akses subsidi diesel di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada sektor ekonomi terpinggir, termasuk pelancongan dan pembinaan.
Fuziah berkata industri pelancongan masih belum layak menerima subsidi diesel di bawah SKDS 2.0, kerana skim itu memfokuskan kepada sektor keperluan asas seperti makanan.