BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan sedia bantu mahasiswa

haudli

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,323
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,323
Reaction score
452
Points
136
BANGI: Kerajaan sedia membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Namun begitu, beliau berkata, pelajar IPT menerusi persatuan pelajar harus berdikari bagi menjana pendapatan supaya mereka tidak hanya bergantung kepada sumbangan kerajaan semata-mata.
"Selaku pemimpin, kita tidak keberatan untuk memberi bantuan tetapi dengan adanya penganjuran aktiviti melalui persatuan pelajar, pendapatan yang dikutip boleh disalurkan kapada tabung untuk membantu pelajar pada waktu kecemasan.
"Ini secara tidak langsung akan mendidik pelajar berdikari dan tidak bergantung langsung kepada sumbangan sahaja," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Sebelum itu, beliau menghadiri Program Konvensyen Mahasiswa Sabah dan Makan Malam Amal Kinabalu anjuran Persatuan Mahasiswa Sabah (PERMIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Menteri yang bo.doh sejarah dan undang-undang.

Dulu pelajar ada duit sendiri, nak buat event tak payah mintak izin/duit dari HEP.

Tapi UMNO/BN jugak yang adakan AUKU, melarang pelajar pegang duit dalam persatuan.

Pulang la balik syarikat bas pelajar, stesen minyak pelajar.
 
Menteri yang bo.doh sejarah dan undang-undang.

Dulu pelajar ada duit sendiri, nak buat event tak payah mintak izin/duit dari HEP.

Tapi UMNO/BN jugak yang adakan AUKU, melarang pelajar pegang duit dalam persatuan.

Pulang la balik syarikat bas pelajar, stesen minyak pelajar.

menteri bodho2 pun gaji rm30k sebulan..membazir betoi. bila la nk btukar ni.
 
Back
Top
Log in Register