combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,151
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,151
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Sasar Kurang 50 Peratus Kematian Akibat Nahas Jalan Raya Menjelang 2030 - Ahmad Zahid
Kredit: Fb Alexander Nanta Linggi
Kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya menetapkan sasaran untuk mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya, terutamanya melibatkan pengguna motosikal, sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penyelarasan dasar, sumber dan akauntabiliti antara kementerian serta agensi akan diperkukuh, supaya setiap intervensi bukan sahaja dilaksanakan, tetapi menghasilkan pengurangan kematian dan kecederaan serius yang dapat diukur.
Beliau berkata langkah tersebut penting, kerana sebanyak 6,537 nyawa terkorban akibat nahas jalan raya pada tahun lepas, iaitu bersamaan kira-kira 18 nyawa setiap hari.
Ahmad Zahid berkata lebih membimbangkan, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kira-kira 66 peratus daripada keseluruhan kematian, meskipun motosikal hanya mewakili 14 peratus jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
“Ini bermakna hampir dua daripada setiap tiga kematian di jalan raya melibatkan penunggang atau pembonceng motosikal,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.
Berita Lanjut Menyusul