BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Sasar 100 Peratus Capaian Internet Di Kawasan Berpenduduk

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kerajaan Sasar 100 Peratus Capaian Internet Di Kawasan Berpenduduk​

07ae8ff95ef60b717ec028f4640d742f6a4898ad1359b

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah (kiri) hadir menyaksikan siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026 di antara Colombia bertemu Ghana pada program Japen Arena Penggerak Komuniti (JAGO) di Balai Raya Kampung Istana, Batu Pahat hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi menyasarkan 100 peratus capaian Internet di kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang tahun hadapan, menerusi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah berkata sehingga 31 Dis, liputan jalur lebar di kawasan berkenaan telah mencecah 99.71 peratus, yang menterjemahkan komitmen tinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata sebelum pelaksanaan JENDELA, capaian Internet di seluruh negara hanya sekitar 90 peratus, namun menerusi fasa terkini pelan itu, MCMC akan memfokuskan capaian Internet sehingga 4G dan 5G.

“Kita di pihak kementerian dan MCMC, akan terus memperluas capaian sehingga 4G dan memperkasakan 5G, termasuk di kawasan luar bandar yang dilaksanakan dengan kerjasama serta perkongsian infrastruktur antara syarikat telekomunikasi.

“Dengan kaedah berkenaan, ia mampu mempercepat perluasan liputan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna,” katanya kepada Bernama selepas menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 sempena program JAPEN Arena Penggerak Komuniti (JAGO) di Kampung Istana, di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Erwin Khairul Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Istana Abd Jalil Ali.

Abdul Halim berkata perluasan capaian Internet yang baik, mampu melancarkan pelbagai sektor termasuk pendidikan dan ekonomi, terutamanya di kawasan kampung, luar bandar serta pedalaman.

Sementara itu, Erwin Khairul berkata program JAGO, merupakan kesinambungan daripada program “wayang pacak” yang kini dimodenkan, namun peranannya dikekalkan sebagai platform penyampaian maklumat serta dasar kerajaan.

Beliau berkata buat masa ini, terdapat empat unit kenderaan pelbagai fungsi (MFV) beroperasi di seluruh negara dan pihaknya merancang untuk menambah aset itu kepada 16 unit pada masa akan datang, selain menyasarkan setiap negeri memiliki sekurang-kurangnya satu unit kenderaan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register