combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,172
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,172
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Prof Madya Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Dr Khoo Ying Hooi
(gambar fail)
Malaysia perlu memberi keutamaan kepada pengurusan simpanan strategik petroleum secara cekap di samping mempelbagaikan sumber import tenaga bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari negara tertentu yang berisiko terjejas akibat konflik.
Prof Madya Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Dr Khoo Ying Hooi berkata langkah itu perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh bagi memastikan kestabilan bekalan bahan api serta melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga minyak susulan ketegangan geopolitik Asia Barat.
“Bagi jangka sederhana dan panjang, kerajaan perlu mempercepatkan usaha ke arah tenaga alternatif supaya kebergantungan kepada minyak global dapat dikurangkan.
“Secara keseluruhan, kombinasi antara pengurusan stok yang baik, kepelbagaian sumber dan peralihan tenaga adalah kunci untuk pastikan bekalan bahan api kekal stabil,” katanya kepada Bernama.
Mengulas langkah kerajaan melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup, beliau berkata pendekatan paling praktikal ketika ini ialah gabungan subsidi bersasar dan bantuan tunai, selain kawalan harga sebagai langkah sementara bagi mengekang lonjakan mendadak.
Khoo berkata subsidi bersasar penting untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, manakala bantuan tunai dapat memberikan kelegaan segera kepada rakyat dalam menghadapi peningkatan kos harian.
“Penting untuk diakui bahawa langkah seperti subsidi tidak boleh bergantung dalam jangka panjang. Ia membantu meredakan tekanan buat sementara tetapi pada masa sama menambah beban fiskal kerajaan.
“Intervensi ini perlu dilihat sebagai langkah sementara dalam mengurus krisis. Dalam jangka lebih panjang, situasi ini sebenarnya memberi isyarat jelas kepada kerajaan untuk menilai semula pendekatan sedia ada, termasuk kebergantungan kepada subsidi dan keperluan untuk reformasi struktur seperti memperkukuh jaringan perlindungan sosial,” katanya.
Kerajaan Proaktif Hadapi Krisis Global, Perlu Perkukuh Daya Tahan Tenaga Negara - Pakar
krisis tenaga global, Iran, Malaysia, Amerika Syar