BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan MADANI Terus Tingkat Dan Martabat Sekolah Agama, Pondok Seluruh Negara - Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80

Kerajaan MADANI Terus Tingkat Dan Martabat Sekolah Agama, Pondok Seluruh Negara - Anwar​

a672c4226863ec5ad2c34cf09720bddf6a5c70b1c7d69

b9e4c2be5609812c38ff37f16661eed36a5c70fcb2082

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Perak di Maahad Al-Ummah, Chemor hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan MADANI akan terus meningkatkan dan memartabatkan sekolah agama serta sekolah pondok di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sekolah pondok suatu masa dahulu berperanan dalam memberikan pendidikan, tetapi tewas apabila berlaku perubahan begitu pantas dan tidak mampu menguasai ilmu lain.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata beliau berbangga dengan ustaz, pimpinan sekolah pondok serta tok guru kerana mengekalkan tradisi Islam dan kitab lama, di samping bersedia untuk meneroka disiplin baharu seperti teknologi komputer dan kecerdasan buatan (AI).

“Saya ucap terima kasih atas kerjasama MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia), ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) yang membantu bukan sahaja membaiki sekolah-sekolah agama ini.

“Saya beri jaminan, insya-Allah kerana kita terus sihat, ekonomi begini, seperti mana saya beritahu kepada Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki (ulama dari Kelantan), insya-Allah kita akan tingkat dan martabatkan sekolah agama, sekolah pondok di seluruh negara kita,” kata beliau.

Amwar berkata demikian ketika berucap merasmikan dan menyampaikan amanat khas pada Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Perak (HIPSA) 2026 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah, Chemor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

 
Back
Top
Log in Register