combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan MADANI Perkasa Pemilikan Rumah Mampu Milik, 50 Terima Manfaat Rmr Di Terengganu
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Dr M Noor Azman Taib (tengah) bersama para penerima rumah pada Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran RMR Negeri Terengganu di Dewan Ehsan Felda Wilayah Timur hari ini.
Sebanyak 80,672 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) bernilai RM6 bilion dibina di seluruh negara sejak program itu diperkenalkan pada 2002 hingga kini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 50 penerima di Parlimen Kuala Terengganu serta Parlimen Kuala Nerus menerima manfaat Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi penyerahan 30 kunci rumah siap dibina dan 20 surat tawaran pembinaan rumah baharu, hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Dr M Noor Azman Taib berkata program RMR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sebagai agensi pelaksana di bawah kementerian tersebut.
Program itu komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang memiliki tanah tetapi tidak mempunyai kediaman sempurna, menduduki rumah yang selesa, selamat dan berkualiti.
“Program RMR bukan sekadar menyediakan sebuah kediaman tetapi juga menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup rakyat melalui pemilikan rumah yang selesa. Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh pelaksanaan Program RMR agar lebih ramai rakyat dapat menikmati kediaman sendiri.
“Inisiatif ini bukan sahaja memenuhi keperluan asas tempat tinggal, malah menjadi pelaburan jangka panjang dalam membina kesejahteraan keluarga, memperkukuh komuniti dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyerahan itu diadakan sempena lawatan kerja M Noor Azman di Dewan Ehsan, Felda Wilayah Timur, di sini.
Kenyataan itu memaklumkan di bawah Belanjawan 2026, kerajaan menyasarkan pembinaan 6,545 unit RMR di seluruh negara dan sehingga kini, sebanyak 3,900 unit telah dilaksanakan membabitkan 2,478 unit yang telah siap dan diserahkan kepada penerima manakala 1,422 lagi dalam pembinaan.
Di Terengganu, sebanyak 680 unit RMR sedang dilaksanakan dengan peruntukan keseluruhan RM46.67 juta dan setakat Mei lepas, 246 unit telah siap dan diserahkan kepada pemohon yang layak manakala 154 lagi dalam fasa pembinaan.
Di Parlimen Kuala Terengganu, sebanyak 34 unit RMR dilaksanakan melibatkan 18 unit siap dibina dan 16 lagi dalam pembinaan manakala pelaksanaan di Parlimen Kuala Nerus melibatkan 32 unit rumah meliputi 25 telah siap dibina dan tujuh sedang dalam fasa pembinaan.